AdSense

Thursday, January 11, 2024

DAP kata MCA jangan jadi hero. Tapi...

Kalau tak bood0h, bukan dapik la namanya...

1. Isu bermula apabila Teresa Kok yang tuduh MCA dan DS Wee Ka Siong sebagai 'sesat'. Sebab Ka Siong dikatakan sering serang boss DAP, Anthony Loke. Ya, Teresa Kok mula 'sepak bola'.



2. Padahal Ka Siong kata baru dua kali dia persoal Loke. Itu pun berkaitan isu rakyat. Pertama sistem myJPJ yang diragui keselamatan privasi pengguna. Sudah diakui pegawai tertinggi JPJ dan diperbetul selepas Ka Siong bersuara. Kedua pasal harga tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang melambung tinggi. Kemudian kerajaan beri subsidi untuk turunkan harga tambang. Kedua-dua ni selepas Ka Siong bersuara.

3. Betullah tu, Ka Siong yang juga Presiden MCA ni hero rakyat. Kenapa DAP panas punggung pulak? Kalau DAP seronok tengok rakyat sengsara, jangan pula halang orang lain yang serius bantu membebaskan rakyat daripada terus sengsara.

4. Aik, tiba-tiba Zulpuri 'jadi pandai' bila suruh MCA beri pendapat mengikut saluran dalam Barisan Nasional. Habis tu ahso Teresa Kok guna saluran media Utusan Online dan lain-lain memburukkan MCA secara terbuka, boleh pulak?

5. Paling kelakar, Zulpuri kaitkan dengan Pengerusi BN DS Dr Ahmad Zahid Hamidi pulak da. Sedangkan Teresa Kok sendiri yang cuba memalukan DS Zahid apabila dia mainkan balik pasal Langkah Sheraton. Padahal masa tu, MCA bersama BN akur titah Agong - Hentikan politiking. Sama juga sekarang, menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan di mana DS Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Dua-dua 'zaman' BN dipengerusikan oleh DS Zahid. Apa point Teresa Kok nak persoal MCA bersama BN kerjasama dengan Perikatan Nasional yang dianggotai PPBM dan PAS pada 'zaman' Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi PM ke-8, DS Ismail Sabri Yaakob PM ke-9 dan hari ini DS Anwar PM ke-10?

No comments:

Post a Comment