AdSense

Thursday, February 4, 2021

Pendedahan Tommy Thomas buka mata orang ramai terhadap percaturan politik DAP - Jurucakap MCA

KENYATAAN MEDIA


Jurucakap MCA, Mike Chong


4 Februari 2021


Pendedahan Tommy Thomas buka mata orang ramai terhadap percaturan politik DAP


 

Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mendakwa bahawa beliau mendapat sokongan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan mendiang Karpal Singh sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk dilantik jawatan Peguam Negara sekiranya pembangkang menang.

 

Pendedahan oleh Tommy Thomas sendiri cukup untuk membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pengulas politik yang adil, tetapi cenderung memihak kepada Pakatan Harapan. Menurut coretan yang diterbitkan dalam buku memoirnya My Story: Justice in the Wilderness, beliau sanggup dan telah berjumpa dengan pemimpin tinggi Pakatan Harapan bagi mendapatkan sokongan. Malahan, beliau turut berjumpa dengan bekas Ketua Hakim Negara, allahyarham Tun Salleh Abbas dan aktivis terkenal Ambiga yang sepatutnya berpendirian 'neutral' atau berkecuali, untuk melobi jawatan Peguam Negara sekiranya Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum.

 

Tommy Thomas juga menceritakan dalam buku memoirnya bahawa beliau menerima ucapan tahniah daripada Kit Siang sebelum lantikannya sebagai Peguam Negara diumumkan. Kita semua tertanya-tanya, kenapa seorang veteran DAP yang bukan merupakan ahli kabinet dan eksekutif boleh mengetahuinya lebih awal? Apakah 'legal reform' yang sebenarnya diwar-warkan oleh DAP?

 

Kontroversi Tommy Thomas yang paling mengejutkan adalah pengguguran pertuduhan rasuah ke atas Lim Guan Eng pada September 2018, 4 bulan selepas kemenangan PH dalam PRU-14 sehinga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media turut menyatakan 'terkejut' berhubung keputusan Jabatan Peguam Negara pada masa itu.

 

Rakyat mempersoalkan imej 'non-political', 'neutral' atau status berkecuali yang ditampilkan oleh sesetengah organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) selama ini. Mereka kononnya mendakwa bahawa mereka berjuang demi kebebasan, hak asasi manusia dan kepentingan bersama rakyat serta melaungkan reformasi institusi dan politik. Tetapi pendedahan Tommy Thomas jelas menunjukkan bahawa pemimpin atau aktivis NGO yang terkenal dan dihormati ramai turut terlibat dalam percaturan politik dan budaya 'horse trading' bersama ahli-ahli politik dari sesuatu pihak atau gabungan tertentu. Mereka sebenarnya merupakan penyokong PH yang menyembunyikan diri di sebalik label NGO untuk menghasut sentimen dan mendorong sokongan rakyat kepada PH.

 

Banyak contoh yang boleh kita perhatikan selama ini yang menunjukkan wajah sebenar mereka yang sememangnya ahli politik yang memihak PH. Pendedahan Tommy Thomas yang berhasrat menjadi Peguam Negara kalau DAP menang dalam pilihan raya umum telah membuka mata orang ramai dan mengubah persepsi terhadap mereka. 


Kredibiliti NGO BERSIH 2.0 juga dipersoalkan apabila Maria Chin bertanding atas tiket PKR dalam PRU-14 di Petaling Jaya. Begitu juga dengan Wong Tack yang pernah memimpin Himpunan Hijau untuk melawan Lynas sejak tahun 2011, beliau kemudiannya telah dua kali bertanding di Bentong atas tiket DAP dalam PRU-13 dan PRU-14.

 

Sampai bila mereka mahu menipu rakyat demi memenuhi agenda diri mereka dan terus bersembunyi disebalik topeng NGO?


TAMAT


SUMBER

http://www.mca.org.my/3/Content/SinglePage?_param1=04-022021-180511-02-202104&_param2=TS

--
Sent from Gmail Mobile

1 comment:

  1. Peerg Tun buat video 10 dalil kesalahan PM macam nak umum esok nak puasa pulakkk.... satu pun rakyat tak hirau... pelik tak ada sekor pun yang sahut menyahut dari satu bukit ke bukit apa yang Tun bangkitkan... ada ke Tun bangkitkan Rules Of Law... masa tu tekak jadi kembang semacam perut tetiba memulas... tetiba bunyi creettt..!! dlm seluar..

    aahhhh sudah terkincit pulak dah...!!



    masa belum tgk video tu ok jerr perut dan tekak nihh..



    haramjadah orang tua ni... puiii.!!

    ReplyDelete