AdSense

Thursday, March 4, 2021

Bukan Cina kini bersama MCA


Politik di negara kita semakin berubah mengikut peredaran semasa dan mengikut kehendak orang ramai yang kini majoritinya pengundi muda.

Pengundi muda adalah faktor terbesar yang menyumbang menang-kalah sesebuah parti. Andai mereka dipinggirkan, maka peti undi akan dijadikan tempat menghukum.

Puak DAP mungkin akan / sedang / telah memulakan propaganda mereka dengan mendakwa MCA kini bukan lagi parti orang Cina.

Tapi sebenarnya, MCA adalah sebuah parti yang memang berasaskan kaum Cina. Namun MCA juga memperjuangkan nasib semua kaum di Malaysia. Ini sudahpun dinyatakan sendiri oleh pengasas MCA Tun Tan Cheng Lock suatu ketika dulu. Beliau menegaskan bahawa MCA bukan hanya perlu membela nasib orang Cina, tetapi juga perlu membela nasib semua kaum di Malaysia.

Baru-baru ini, MCA mengumumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah meluluskan pindaan Perlembagaan parti mereka. Antaranya berkaitan keahlian Ahli Bersekutu yang terdiri daripada masyarakat bukan Cina.

Berikut merupakan kenyataan media Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon bertarikh 1 Mac 2021 :

RoS lulus cadangan pindaan Perlembagaan MCA yang dibuat pada tahun 2019

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan cadangan-cadangan pindaan Perlembagaan MCA antaranya berkaitan penyertaan Ahli Bersekutu, penyelarasan tarikh pemilihan parti dengan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) dan lain-lain cadangan sepertimana yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MCA ke-66.

Berikut merupakan beberapa cadangan pindaan Perlembagaan MCA yang dibuat pada AGM tahun 2019 lalu dan telah mendapat kelulusan daripada RoS :

1. Menambah klausa dalam perlembagaan parti dengan membenarkan penyertaan ahli-ahli daripada bukan berbangsa Cina untuk menjadi Ahli Bersekutu;

2. Pemilihan parti perlu diadakan dalam masa enam (6) bulan selepas PRU, atau selepas 36 bulan dari  pemilihan parti terdahulu, bergantung kepada mana yang lebih lewat;

3. Berkenaan kuorum mesyuarat, setelah dipinda, perlembagaan parti menetapkan bahawa mana-mana mesyuarat yang ditangguhkan mestilah mempunyai kuorum minimum seramai 7 orang. Jika tidak, ia akan dianggap sebagai tidak sah.

Kesemua pindaan ini berkuatkuasa serta-merta. Ini juga bermakna, mulai sekarang MCA boleh menerima Ahli Bersekutu dalam kalangan masyarakat bukan Cina.

Sementara cadangan bagi menurunkan had umur minimum keahlian parti kepada 16 tahun pula, RoS memaklumkan bahawa ia sedang diteliti oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jawapan sama turut diberikan kepada pihak-pihak lain yang turut mengemukakan cadangan serupa.

Sumber

1 comment:

  1. https://youtu.be/_A3Qv4DpuJQ


    Fakta link kat atas tu salah satu dah boleh buka dah... nak tunggu apa lagi.. wawasan 2020 pun dah abis... kau yang tanam skang kau pii la bukak balik...

    menyemak saja...!!



    tiewwwwwww...!!

    ReplyDelete