AdSense

Saturday, January 23, 2021

JOB DONE. NAJIB BERSALAH. HAKIM NAZLAN BALIK KE MAHKAMAH TINGGI SIVIL


Katanya mulai 1 Mac 2021, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan dipindahkan balik daripada Mahkamah Tinggi Jenayah kepada Mahkamah Tinggi Sivil.

Beliau adalah Hakim yang membicarakan kes rasuah SRC DS Najib. Beliau menjatuhkan hukuman bersalah ke atas DS Najib.
Perlantikan Nazlan menimbulkan kontroversi. Dia baru dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk mengendalikan kes "komersial" bermula 30 Januari 2017.

Kes rasuah SRC adalah kes "jenayah". Patut Hakim berpengalaman kendali kes jenayah berprofil tinggi. Nazlan baru 1 1/2 tahun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Dia tiada pengalaman menghakimi kes "jenayah" sebelumnya.

Kes itu sepatutnya di dengar oleh Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada "4 Julai 2018". Tetapi Sofian diganti serta merta oleh Hakim Mohd Nazlan setelah Richard Malanjun dilantik Ketua Hakim Negara pada "11 Julai 2018".

Itu bermakna pertukaran berlaku seminggu selepas Richard Malanjun dilantik.

Maka apakah keputusan memindahkan semula Nazlan ke Mahkamah Tinggi Komersil bermotif politik kerana dia berjaya menunaikan misi "Najib bersalah".

Kalau dakwaan ini benar, mesti ada arahan. Maka siapakah yang membuat arahan?

Apa pun job done. Mission accomplished.

Dr. Puad Zarkashi
23 Jan 2021

--
Sent from Gmail Mobile

1 comment:

  1. Kalau Dr di hadapan nama tertera tidak mengamalkan ketulusan, sila tanya diri apa benar penceritaan yang ditulis?

    Terangkan juga apa sebab Hakim Sofian ditukarkan atau empunya diri memohon berundur dari kes supaya tidak dilihat bercanggah pendirian.

    Dan juga tulis lah dengan benar yang Hakim Nur Jazlan ada kemahiran bidang commercial maka SRC CBT case boleh diurus dan dihakimi secara jujur dan baik oleh hakim yang ariff.

    The verdict were in 55 pages and took 2 hours long to be read. And, there were 10 more 'problems' that Judge Nazlan saw in the so called SURAT DERMA DARI SAUDI.

    Kalau nak pertahankan hujah lah dengan ikhlas dan berhenti dari terus nak perbodohkan melayu-muslim.

    Kat mana adil nya apabila Riza Aziz mendapat 1 billion didenda setengah billion boleh aja terlepas sedangkan wang/harta selebih setengah billion pun berunsur dari sumber dipersoalkan bukan hasil kerja kuat Riza...sedangkan rakyat dihukum teruk hanya kerana mencuri barang makanan dan susu dan ubatan untuk anak anak kelaparan dan sakit dirumah akibat tiada pendapatan!

    ReplyDelete