BN tumbang pada PRU14 antara lain sebab pemimpin keluar parti, bersama Mahathir untuk berkomplot dengan DAP dan PKR. Orang kampung gelarkan sebagai 'pakatan syaitan.'
Tatkala sebilangan pemimpin BN playsafe, hidup segan mati tak mau, takut untuk serang PH, DS Najib Razak yang dicemuh bangkit melawan regim PH sendirian. SL ulang, sendirian, tanpa menghasut rakyat turun ke jalan raya.
Fenomena bossku mengubah segala-galanya. Ditambah pula dengan kegagalan PH mentadbir negara. Hanya sebilangan kecil saja pemimpin BN bersama bossku, mendedahkan satu per satu kejahatan regim PH.
Ditambah lagi dengan semangat Muafakat Nasional ketika Tok Mat Hasan mengetuai parti keramat UMNO. Kebangkitan rakyat semakin kuat terasa apabila himpunan Muafakat Nasional di seluruh negara mendapat sambutan luarbiasa. Fenomena bossku + Muafakat Nasional benar-benar menyentuh jiwa rakyat Malaysia.
Kemarahan rakyat terhadap regim PH dizahirkan menerusi peti undi dalam siri PRK. Calon BN bertanding memperoleh undi besar luarbiasa. Nak kata undi Melayu saja melonjak tidak juga. Kerana undi Cina dan India juga semakin meningkat. Bukti dapat dilihat di PRK Tanjung Piai dan Cameron Highlands. Mana yang kerap persoal undi Cina dan India dengan menuduh parti komponen tak buat kerja, boleh disifatkan sebagai senjata pecahbelah yang selalu digunakan Mahathir. Ya, kuncu-kuncu dan talibarut Mahathir masih wujud dimana-mana. Mereka wujud bagai sesumpah dan modus operandi mereka hanya satu iaitu tukang pecah belah. Situasi yang dipandang remeh oleh pemimpin BN sendiri. Nanti bila kalah macam PRU14, baru mereka sedar.
Ketika artikel ini ditulis, sedang berlegar isu berkaitan PRN Sabah dan penyertaan PPBM ke dalam Perikatan Nasional / Muafakat Nasional. Kebanyakan pemimpin merasakan adalah patut PPBM yang diasaskan oleh Mahathir selepas disarankan oleh Lim Kit Siang DAP untuk bersama mereka, sama ada gabungan PN atau MN.
Atas kapasiti apa untuk mereka menerima PPBM bersama dalam satu gabungan? Bukankah BN + PAS + PBS menyokong Muhyiddin dari PPBM semata-mata mahu menamatkan krisis politik ciptaan Mahathir DAP PKR?
Kuatkah PPBM di seluruh negara? Kuatkah bahagian mereka? Berapa ramai Ahli Parlimen PPBM? Atau mereka kuat hanya kerana PM Malaysia datangnya dari parti mereka? Dulu pun, masa Mahathir jadi PM ke 7 juga pakai baju PPBM. Aset Tabung Haji dijual juga pada zaman Mahathir PPBM. Apa dia boleh buat dengan duduk kerusi PM ketika itu? Diingatkan juga bahawa pada ketika itu Ahli Parlimen PKR dan DAP lebih ramai berbanding PPBM.
Sama senario sekarang. Ahli Parlimen BN dan PAS (baca Muafakat Nasional), jauh lebih berpengaruh berbanding PPBM.
Segelintir pemimpin mungkin sudah lupa, selama 22 bulan PH mentadbir (PPBM dan kem Azmin sebahagian daripadanya), rakyat cukup menderita. Pemimpin atasan mungkin tak terasa. Tapi rakyat bawahan sangat terkesan. Hilang pekerjaan, banyak syarikat ditutup, ekonomi lemah, harga komoditi jatuh, pasaran saham merudum, bantuan rakyat dihapus / dipotong, rakyat dipaksa ikat perut, aset negara termasuk Tabung Haji dijual, hutang negara bertambah, buat pinjaman besar dari negara asing, janji manfesto dimungkiri, ah macam-macam lagilah! Cerita sampai esok pun belum tentu habis!
So dipendekkan cerita, apa objektif sebenar PPBM sertai PN/MN? Sebab tiada lagi dahan mahu berpaut? Kenapa tidak bubar saja PPBM yang diasaskan Mahathir selepas dicadangkan oleh Lim Kit Siang DAP ini? Dan masuklah parti sedia ada - UMNO, MCA, MIC, PBS, PAS.
Atau kekalkan saja keadaan sekarang - BN, PAS dan PBS sokong Muhyiddin hanya sebagai PM. Tidak lebih dari itu. Bagai seorang pekerja beragama A bekerja bersama majikan beragama B. Kerja, kerjalah macam biasa, janganlah tukar agama yang dianuti.
Jika dulu PRU14 BN tumbang sebab parti berpecah belah, kenapa tidak mahu disatukan semula untuk membina kekuatan yang lebih hebat?
Melainkan masing-masing ada agenda peribadi, sama seperti Mahathir yang hanya berjuang untuk anak sendiri dan kroni. Cipta parti bila-bila masa, kerjasama dengan sesiapa saja dan jaja atas nama 'Islam Melayu'. Alih-alih, kekayaan diri sendiri saja semakin bertimbun.
#PejamMataDanRenungkan
Terbaik!Sanggupkah PPBM bertindak seperti Semangat 46 ? Bubarkan PPBM demi kelangsungan keutuhan kesatuan Melayu Islam , tepuk dada tanya iman.
ReplyDeletePilih calon bukan parti.
ReplyDeleteKategori calon perlu diambilkira dengan serius bukan parti lagi.
Respon akar umbi UMNO yang rata-rata jelas menolak penyertaan PPBM dalam Muafakat Nasional.
Calon Melayu samada dari UMNO, PAN, PKR (mme suma kena tolak) dan Bersatu yang sokong pluralist murtad dan ada bau bauan liberalisme, COMANGO Gereja, Syiah adalah WAJIB ditolak 100% PRU15 ini.
Jangan Pandang Remeh Pandangan Akar Umbi UMNO
Inilah persoalan yang MESTI pucuk pimpinan parti mencari jawapannya supaya perbezaan pandangan dan kehendak pucuk pimpinan UMNO selari dengan pandangan dan kehendak akar umbi UMNO.
Jangan dipandang remeh bantahan akar umbi UMNO kerana ramai yang sudah menetapkan pendirian untuk meninggalkan UMNO sekiranya pucuk pimpinan UMNO mengenepikan pandangan ini!!!
Mereka inilah yang berganding bahu untuk bersama-sama merawat luka UMNO yang begitu parah selepas PRU 14 yang lepas.
Ingatan pada pengundi PN , senarai di bawah adalah calon calon Melayu yang patut dihukum 'simen' PRU 15 nanti
1. Gombak (LGBT/ Semburit)
2. Ampang (Sokong Local Election)
3. Temerloh (Liberal)
4. Port Dickson (Pluralisma Agama)
5. Kajang (Wakil Pluralisma)
6. Matang Pauh (Wakil Pluralisma)
7. Parit Buntar (Barua DAP/ Syiah)
8. Kote Raja/Mat Sabu (Barua DAP/Syiah)
9. Jerlun (Liberal / COMANGO gereja)
10. Muar (Liberal/LGBT)
11. Simpang Renggam (Liberal)
12. Shah Alam (Barua DAP/ Liberal)
13. Ahli UMNO/semua PKR support liberal (sudah dikenalpasti wajib disimen)
14. Langkawi (Kalau sempat.!!!)
Calon dalam radar untuk di simen dari UMNO juga harus dipertimbangkan seperti Rembau untuk dihukum PRU 15 nanti.
"Sekiranya calon bukan Melayu( MN) lawan calon Melayu (bukan MN) pertimbangan yang wajar di sokong ialah calon Melayu bukan dari parti lagi"
Bagi Bersatu yang bersatu dengan Mufakat Nasional pula kesemua 'calon katak' yang melompat parti harus dihukum 'simen' dalam PRU 15 nanti. Hanya Mahyuddin boleh pertimbang utk dikekalkan.
Akar umbi UMNO inilah yang begitu setia menebalkan muka menjulang panji-panji UMNO yang ketika itu dipandang sangat jijik.
Akar umbi UMNO inilah jugalah yang terus mengutip dan mempertahankan maruah UMNO yang hampir hancur setelah dipijak oleh musuhnya yang pernah kaya raya masa dalam UMNO dahulu.
ps : mahu atau tak mahu kena tulis biar tahu akar umbi tak suka main tarik tali dan beri muka lagi. Kami mahu politik berprinsip dan politik matang