AdSense

Friday, August 21, 2020

Kerajaan DAP Penang main wayang pasal pelancong kesihatan, kena tibai dengan Wee Ka Siong. Baca pendedahan ni!!!

" Kerajaan negeri langsung tidak membantah mana-mana jabatan yang relevan sebaliknya hanya ‘kecoh’ selepas ianya berlaku atau "afterthought", bukankah ini pertunjukan politik?"

PENERBANGAN SEWA DARI INDONESIA UNTUK TUJUAN PERUBATAN 

1. Lima pelancong yang tiba di Pulau Pinang dari Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan sewa penerbangan bagi tujuan perubatan telah memenuhi SOP yang ketat sebelum memasuki Malaysia. Ini termasuklah kuarantin wajib dan ujian mengikut standard kesihatan serta perubatan antarabangsa. Semua ini adalah untuk memastikan bahawa pelancong kesihatan bebas daripada COVID-19 dan mereka hanya dibenarkan masuk ke negara ini melalui perkhidmatan sewa penerbangan.

2. Malaysia membenarkan penerbangan bagi tujuan perubatan mendarat di negara ini mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan hanya membenarkan penerbangan yang disewa sahaja memasuki negara ini, dengan dikenakan syarat ketat.

Tuduhan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Wong Yuee Harng bahawa Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) secara sebelah pihak membenarkan penerbangan sewa memasuki negara ini sama sekali mengelirukan. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Jabatan Imigresen telah membenarkan penerbangan sewa dari Indonesia tersebut mendarat setelah memenuhi SOP.

3. Namun, jika kerajaan negeri Pulau Pinang melarang penerbangan tersebut daripada memasuki negara ini, mereka seharusnya mengemukakan syor kepada Majlis Keselamatan Negara untuk membuat keputusan akhir, sama seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Sarawak sebelum ini. Namun, CAAM tidak menerima pemakluman larangan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan juga tidak menerima arahan daripada Majlis Keselamatan Negara untuk melarang penerbangan sewa bagi tujuan perubatan memasuki Pulau Pinang.

4. Exco negeri Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin ada mengatakan bahawa kerajaan negeri melarang penerbangan perubatan daripada memasuki Pulau Pinang. Seorang lagi exco negeri Pulau Pinang, Dr Norlela Ariffin juga mengatakan bahawa beliau membantah penerbangan perubatan dari Indonesia pada mesyuarat exco negeri dan mesyuarat majlis khas keselamatan negara. Kedua-dua mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. 

Pada mulanya Ketua Menteri Chow memuji pencapaian negeri tersebut dalam sektor pelancongan kesihatan pasca Covid-19, akan tetapi kenyataan beliau tidak diterima baik oleh rakyat Pulau Pinang. Pada malam itu juga, Chow berubah nada dan mengatakan beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai penerbangan sewa bagi tujuan perubatan.

Adakah kerajaan negeri menyedari masalah ini atau tidak? Kerajaan negeri langsung tidak membantah mana-mana jabatan yang relevan sebaliknya hanya ‘kecoh’ selepas ianya berlaku atau "afterthought", bukankah ini pertunjukan politik?


Sumber :

FB Wee Ka Siong

No comments:

Post a Comment