Saya tiada masalah dengan apa jua bentuk solidariti selagi tidak bercanggah dengan undang-undang.
Namun menyeru orang ramai menderma RM10 untuk bersolidariti dengan Lim Guan Eng sedangkan Lim Guan Eng mengisytiharkan pendapatan bulanannya sahaja sebanyak RM86,464.92, iaitu yang terkaya di antara semua Ahli Parlimen di Malaysia?
Bukankah ini seperti orang duduk banglo (memang LGE duduk banglo) bernilai RM2.8 juta meminta derma dari penduduk PPR atau orang yang pendapatan kurang darinya?
Contohi PKR yang tidak meminta derma orang ramai kes DS Anwar Ibrahim dulu.
Seperkara lagi yang saya nak sentuh, pecah amanah & rasuah bukan sahaja berlaku di kalangan Melayu & beragama Islam tetapi juga bukan Melayu & Belum Muslim. Pepatah Melayu sebut air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
Dulu bila DS Najib didakwa dan mahkamah belum buat keputusan, mereka dah tuduh dia bersalah. Akhirnya mahkamah dapati bersalah. Apabila suspek ISIS beragama Islam ditangkap, takde siapa kata ianya isu rasis.
Bila LGE atau geng DAP ditangkap untuk didakwa, mereka terus buat tuduhan kononnya ianya adalah berunsurkan politik seolah-olah mereka suci. Sedang SPRM sendiri terkejut kenapa kes LGE digugurkan!
Bila ada ahli politik & penyokong DAP ditangkap bawah SOSMA sebagai suspek LTTE, DAP sekali lagi kata ianya berunsurkan politik & rasis. Kenapa bila sampai DAP yang ditangkap mesti unsur politik atau rasis seolah-olah semua ahli DAP ini malaikat?
Lepas ini apabila polis tahan semula semua suspek LTTE & mungkin lebih ramai lagi, jangan kata ianya berunsurkan politik.
Untuk sahabat lain, dahulu anda kata tidak mahu bekerjasama dengan parti yang terlibat dalam rasuah dan mereka yahg didakwa belum didapati bersalah lagi lalu enggan bekerjasama sesama Muslim.
Apakah anda akan mengambil keputusan yang sama tidak bekerjasama dengan DAP dan parti lain yang telah didakwa atas tuduhan rasuah?
Konsisten dengan prinsip.
Saya konsisten dengan prinsip iaitu memilih yang paling kurang mudarat untuk agama Islam & negara.
Sumber :
No comments:
Post a Comment