AdSense

Sunday, August 23, 2020

Isu lapangan terbang Penang : Guan Eng DAP kena checkmate dengan Menteri Pengangkutan @weekasiongmp pulak hahaha


'Confirmed' Lim Guan Eng ini seorang akauntan yang tak bertauliah atau 'provisional accountant'! BUKAN 'professional accountant'!

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan ini seorang 'raja putarbelit' terkenal yang tidak dapat membezakan peruntukan kerajaan dengan peruntukan swasta.
Menurut roketkini (https://www.roketkini.com/2020/08/19/isu-pia-politik-balas-dendam-hukum-pulau-pinang/), Lim Guan Eng mendakwa beliau sendiri telah meluluskan peruntukan RM800juta untuk projek menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di dalam Belanjawan 2020. Betul ke Guan Eng? 

Sila tunjuk mukasurat atau perenggan berapa dalam teks ucapan Belanjawan 2020? Atau rujuk balik hansard!

Cari punya cari di dalam Buku Belanjawan 2020 yang tebal itu, TIADA satu butiran pun yang menyatakan mengenai peruntukan RM800 juta di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) atau mana-mana kementerian lain untuk menaiktaraf LTAPP pada tahun 2020! 

Saya kemudiannya membuat semakan dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), iaitu sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Pihak pengurusan MAHB telah mengesahkan bahawa TIADA sebarang peruntukan kerajaan diberikan kepada MAHB untuk menaiktaraf LTAPP ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan.

Sebaliknya MAHB sememangnya lama merancang untuk menggunakan simpanan (reserve) dalaman syarikat MAHB untuk menampung kosnya berdasarkan konsep 'Regulated Asset Based' (RAB). Akan tetapi, konsep RAB ini tidak pernah diluluskan di bawah pemerintah PH.

Nampaknya akauntan tak bertauliah Lim Guan Eng kononnya mengumumkan peruntukan RM800 juta untuk menaiktaraf LTAPP tetapi ianya tidak termaktub di dalam Belanjawan 2020!

Pelik betul Lim Guan Eng ini, dia kata dia umum peruntukan RM800juta untuk LTAPP tapi Buku Belanjawan 2020 tak jumpa butiran. Takkanlah dia umum peruntukan syarikat korporat di dalam Dewan Rakyat untuk kelulusan termasuk di Dewan Negara? Kalau begitu, syarikat awam (public listed company) tak payahlah mengadakan AGM lagi! Hahaha 😂....

Dua tiga hari ini, Guan Eng mengecam saya dan mendakwa projek menaiktaraf LTAPP dibatalkan dan merupakan satu dendam politik (political vengeance) yang diamalkan oleh Kerajaan PN.

Nampaknya penguasaan dan pemahaman Bahasa Malaysia Guan Eng juga teruk. Ketika saya menjawab di Dewan Rakyat pada 18 Ogos lalu, saya menyatakan bahawa semua cadangan baru pembinaan lapangan terbang dan cadangan menaiktaraf lapangan terbang perlu DITANGGUHKAN AKIBAT KESAN DARIPADA PENULARAN WABAK COVID-19 terhadap sektor penerbangan yang dianggarkan hanya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun.

Sementara itu, MOT akan menjalankan satu Kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang (NASP) ke atas 42 lapangan terbang sedia ada. Takkan MOT atau Kerajaan PN simpan dendam politik dengan semua negeri yang mempunyai lapangan terbang. 

Guan Eng, tak faham ke perbezaan di antara 'penangguhan' dan 'pembatalan' projek? 

Lagi pun, tiada siapa sangka adanya pandemik COVID-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini? Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, MAHB telah mengalami kerugian dan membelanjakan lebih dari RM1bilion demi menampung pengoperasian lapangan terbang. Takkan MAHB tidak berhak membuat penjajaran belanjawan syarikatnya dan meletakkan keutamaan (priority) yang betul dalam menghadapi cabaran pasca COVID-19?

Lim Guan Eng, gunalah otak sikit! Cukup-cukuplah memperdayakan orang ramai.

Sementara itu, saya berharap agar Lim Guan Eng dapat memberi pencerahan tentang pendedahan yang baru dibuat oleh Dato' Sri Najib Razak, mantan Perdana Menteri.


Apa cerita cadangan PFI oleh Ideal Property ini? Cadangan penswastaan dia ini yang tangguhkan kerja pembinaan LTAPP yang diluluskan kerajaan BN dahulu bermula. 
Jika tidak, kerja pembinaan dah mula sejak tahun 2018 menggunakan simpanan MAHB. Tahun 2018 dan 2019 belum ada pandemik Covid-19.

Jawablah Guan Eng!

Sumber :

No comments:

Post a Comment