Tajuk ni mungkin tak masuk akal. Mungkin juga akan dimarahi pemimpin atasan kerana cuba memecah belahkan parti-parti atas nama 'penyatuan ummah'. Tapi sekejap, bukan ke sekarang dah memang berpecah belah?
Hakikat yang perlu diterima adalah, pengundi hari ini kebanyakkan golongan muda. Dan mereka tak ada masa nak baca politik halus, politik sindir atau sarkastik. Mereka suka berterus terang.
Hari ini kita nampak kerajaan atas nama Perikatan Nasional atau PN. Kononnya atas semangat Islam dan Melayu. Sedangkan semua tahu, kuatnya sesuatu bangsa itu adalah kerana penyatuan. Berdentum dentam cakap pasal Islam Melayu tapi wujud parti yang pelbagai. Untuk apa banyak parti? Sedangkan masing-masing mengaku perjuangan parti adalah kerana Islam dan Melayu serta tidak meminggirkan kaum-kaum lain.
SL teringat kisah berkaitan dalam dunia korporat. Syarikat pembekal air bersih Co*** mula memasuki pasaran Malaysia. Sale meletup.
Tak lama kemudian, tiba-tiba wujud pula Cu***. Juga menawarkan benda yang sama - membekalkan air bersih kepada pelanggan.
Kenapa wujud dua syarikat berbeza dengan menawarkan produk sama? Rupa-rupanya kenalan dalam Co*** bergaduh sehingga wujudnya Cu***. Sebab apa bergaduh? Faham-faham sendirilah. Lebih-lebih lagi permintaan kepada pembekalan air bersih sangat tinggi.
Begitu juga dengan parti politik. Kalau sudah tawarkan produk sama, kenapa perlu wujudkan parti yang banyak? Tidakkah ia menunjukkan pemimpin politik di atas sana hanya sekadar mengejar jawatan dan kekayaan?
Di Malaysia ni hanya BN dan PAS saja parti asal yang berjuang untuk rakyat dan negara. Suka tak suka, hanya tiga parti saja yang betul-betul ada roh Malaysia iaitu UMNO, MCA dan MIC.
PAS berasal daripada UMNO.
PPBM berasal daripada UMNO.
PKR berasal daripada BN.
Pejuang berasal daripada PPBM.
PAN berasal daripada PAS.
Inilah realiti sejarah yang tidak ada siapa mampu nafikan.
Jadi, apa yang serabut sangat dengan kerjasama PPBM, BN, PAS, GPS dalam PN?
Ya PPBM presidennya adalah PM hari ini. Tapi apakah jentera dan struktur akar umbi PPBM seteguh UMNO dan PAS? Setiap hari kita baca berita ada saja laporan mengenai pembubaran Bahagian PPBM di seluruh negara. Tidakkah ini perkara yang memalukan dan satu penghinaan?
Semasa konflik politik tercetus dulu, BN, PAS dan GPS adalah parti pertama memohon YDP Agong supaya Parlimen dibubarkan. Tetapi kerana adanya COVID-19 dan kebijaksanaan YDP Agong maka Parlimen tidak dibubarkan. Sebaliknya semua Ahli Parlimen BN, PAS dan GPS sebulat suara memberi undi kepercayaan kepada TS Muhyiddin (Presiden PPBM) sebagai Perdana Menteri.
Sokongan ini kerana akur dan hormat kepada keputusan YDP Agong yang tidak memberi perkenan pembubaran Parlimen. Cukup setakat itu. Kerja untuk rakyat dan bukannya bergabung dari segi politik. SL yakin semua Ahli Parlimen BN, PAS dan GPS sedar realiti ini.
SL juga yakin pemimpin di atas sana sedar bahawa kebencian rakyat kepada PH kini semakin merosot, berbeza semasa BN, PAS GPS bergelar pembangkang sebelum ini. Mungkin juga pemimpin di atas sana tak sedar dan buat-buat tak sedar.
Populariti BN, PAS dan GPS mula merosot. Rakyat seolah-olah mula membenci dan kembali menyokong PH. Sebabnya? Sendiri boleh fikir. Kebanyakan pemimpin sudah dilihat lupa diri dan kembali angkuh seperti mereka menjadi kerajaan 6 dekad lalu. Malah, program mendaftarkan pengundi juga tidak dibuat dengan serius. Mereka dilihat terlebih yakin sehingga mengabaikan perkara-perkara kecil yang memberi impak besar.
Kesimpulannya, jika perkara ini tidak dipandang berat oleh pemimpin di atas sana, maka janganlah marahkan rakyat tidak menyokong mereka. Mesej sudah diberi. Tinggal lagi bertindak. Melainkan pemimpin di atas sana sedang mabuk kuasa sementara, sibuk menyusun kroni sendiri, bertelagah sesama sendiri dan masih menyimpan punahsihat punahsihat yang membawa sial.
No comments:
Post a Comment