AdSense

Sunday, August 23, 2020

Ooo ini sebenarnya disebalik isu projek lapangan terbang Penang! Checkmate Guan Eng DAP!


Minggu lepas, akauntan gagal penyangak terowong ajaib seorang itu tengah meroyan tentang isu pembesaran Lapangan Terbang Pulau Pinang (LTPP) ditangguhkan.

Sebab itu, sudah tiba masa Najib bongkarkan lagi tentang projek ini.
Sebenarnya, projek ini untuk membesarkan kapasiti LTPP dari 6.5 juta penumpang setahun ke 12 juta setahun telahpun diluluskan kerajaan pusat BN pada tahun 2017 dan syarikat milik Khazanah Nasional, Malaysia Airports Berhad (MAHB) telahpun diarahkan untuk memulakan kerja pembinaan pada tahun 2018..

"24 Feb 2018: Projek pembesaran LTAPP bermula hujung tahun ini"

Namun selepas PH menang PRU14, projek MAHB ini dihentikan dengan alasan kerajaan sudah bankrup dan tak ada duit untuk membiayai kos projek.

Sebab itu, projek tersebut perlu diswastakan dengan menggunakan kaedah Private Finance Initiative (PFI).

"Finance Minister Lim Guan Eng said the Federal Government was short of funds and the expansion project was expected to cost more than RM1.2 billion. "A PFI will help us undertake the expansion project more efficiently as well as save our cash resources."

"2 Mac 2019: 'Private financing to fund Penang airport expansion'"

Kerajaan tak ada duit untuk projek pembesaran LTPP ini adalah satu pembohongan kerana yang keluarkan duit sebenarnya adalah syarikat MAHB yang keuntungan operasi mereka cecah RM1 bilion setiap tahun dan pada akhir tahun 2018, syarikat MAHB mempunyai rizab tunai dan rizab kewangan mencecah RM2 bilion..

Bukan kerajaan yang tanggung.

Kenapa pula akauntan gagal mahu berbohong?

Bacalah surat ini.
.
Surat syarikat swasta Ideal Property kepada MAHB pada bulan Disember 2018 berhubung penswastaan LTPP yang saya lampirkan ini ialah sebab utama projek pembesaran LTPP yang sudahpun diluluskan kerajaan BN dahulu telah ditangguhkan.

Surat ini juga disalin kepada Menteri Kewayangan DAP, Menteri Pengangkutan DAP dan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang.

Sebelum ini, saya pernah tulis tentang media Singapura melaporkan bahawa pemilik syarikat Ideal adalah amat rapat dengan pemimpin-pemimpin kanan DAP termasuk akauntan gagal tersebut.

Selain diberi hak penambakan tanah untuk projek kondo mewah sendiri, Ideal juga diberi kepentingan 20% dalam projek PTMP Pulau Pinang bernilai RM46 bilion dan dibenarkan mengambil alih kepentingan 49% syarikat milik kerajaan Pulau Pinang PDC Holdings dalam projek Pulau Jerajak dengan skim bayaran mudah 8 tahun pada harga RM156 juta untuk tanah 81 ekar (ataupun pada nilai RM91 setiap kaki persegi).

Projek Pulau Jerajak ini kini sedang disiasat SPRM.
"15 Ogos 2020: SPRM siasat projek Pulau Jerejak"

Surat daripada Ideal Property kepada CEO MAHB yang saya lampirkan ini adalah surat niat untuk syarikat Ideal mengambil alih konsesi MAHB bagi LTPP untuk tempoh 30 tahun.

Syarikat Ideal kata mereka akan tanggung kos pembesaran LTPP sebanyak RM1.2 bilion dan akan menaikkan kapasiti LTPP kepada 15 juta penumpang setahun kerana mendakwa kapasiti 12 juta penumpang MAHB adalah tidak mencukupi walaupun kapasiti sekarang cuma 6.5 juta..

Kenapa pula mahu kapisiti lebih besar daripada 12 juta?

Kerana jika kapasiti 12 juta maka tiada keperluan mengambil tanah berhampiran.

Jika lebih, maka LTPP perlu mengambil beberapa bidang tanah berhampiran termasuk sebuah sekolah Cina.

Perkara ini juga diberitahu dalam surat ini dan syarikat Ideal baik hubungan baik mereka dengan kerajaan DAP Pulau Pinang akan memudahkan proses pengambilan tanah termasuk sekolah tersebut.

Sebenarnya, tanah sekolah tersebut dah lama ditukar dengan sebuah syarikat developer swasta yang tidak dinamakan.

"2013: School finally gets land for relocation"

Walaupun syarikat developer yang dipilih untuk menukar tanah dengan sekolah itu tidak dinamakan (SPRM boleh siasat) tapi ianya satu kebetulan bahawa projek-projek kondo mewah seperti projek "SummerSkye Residences" dan "Fiera Vista" cecah bilion Ringgit yang terletak berhampiran tapak baru sekolah Cina tersebut adalah milik syarikat Ideal juga.

Bagaimanapun, syarikat MAHB melawan kuat usaha kerajaan PH untuk melepaskan LTPP kepada syarikat Ideal untuk tempoh 30 tahun.

MAHB tegas untuk membiayai dan membesarkan LTPP kepada 12 juta penumpang setahun dengan kos RM800 juta (bukan 16 juta penumpang dengan kos RM1.2 bilion yang sering disebut akauntan gagal dan juga sebulat dengan apa yang terkandung dalam surat syarikat Ideal kepada MAHB).

Sebab itu, Ketua Menteri DAP dah tak sabar dengan penangguhan projek LTPP akibat MAHB lawan penswastaan dan suruh kerajaan pusat PH sendiri untuk menyelesaikan masalah ini.

Ketua Menteri DAP juga mendedahkan penswastaan LTPP telahpun diluluskan secara prinsip oleh kerajaan PH tetapi syarikat PFI itu lambat.

"He said the PFI company had yet to submit its proposal for the expansion project. In principle, the expansion project has been approved, but they are unable to submit a plan to the MBPP (Penang Island City Council)," he said.

"June 2019: Govt urged to resolve Penang airport operator issue"

Namun, syarkat MAHB masih tegas untuk melawan penswastaan tersebut dan tegas untuk menjalankan projek ini sendiri tanpa penglibatan syarikat PFI

Dengan itu, CEO MAHB pun mengumumkan pada 25 Disember 2019 bahawa kerja pembesaran LTPP akan bermula tak lama lagi.

"MAHB group chief executive officer Raja Azmi Raja Nazuddin said the airport operator has started the process of pre-qualification via open tender to local contractors to undertake the first stage of the expansion work."

"25 Disember 2019: Expansion works for Penang International Airport to start early next year"

Tetapi 12 hari selepas CEO umumkan MAHB akan tersukan projek tersebut secara sendiri, CEO tiba-tiba umum dia letak jawatan walaupun tak sampai tempoh setahun selepas dia dilantik secara rasmi sebagai CEO.

"6 Januari 2020: Raja Azmi quits as CEO of MAHB after barely a year at helm"

Sejak itu, bekas CEO tak pernah memberi komen kenapa dia tiba-tiba letak jawatan walaupun kerajaan PH menolak khabar angin bahawa dia terpaksa letak jawatan kerana dia tak mahu ikut arahan kerajaan PH.

"7 Januari 2020: Govt played no role in Raja Azmi's resignation — Loke"

Yang menakjubkan pula ialah saya difahamkan bahawa dia disuruh letak jawatan tetapi dia tetap akan dibayar gaji penuh selama tempoh 2 tahun lagi dari tarikh dia letak jawatan.

Jika benar, maka persoalannya ialah jika dia terpaksa letak jawatan kerana dia telah melakukan kesalahan, kenapa dia pula dibayar gaji penuh selama 2 tahun lagi?

Adakah ini ganjaran ataupun syarat supaya dia tidak mendedahkan sebab utama dia dihentikan sebagai CEO?

Akauntan gagal ada sebarang komen berhubung apa yang saya dedahkan ini, tak?

Saya rasa ianya lebih elok jika kerajaan PN dan SPRM menyiasat jika menteri-menteri DAP pernah menyalah gunakan kuasa untuk menekan MAHB demi membantu kroni sehingga projek pembesaran LTPP yang sudahpun diluluskan BN tertangguh hampir dua tahun pada masa PH.

Sumber :

No comments:

Post a Comment