AdSense

Sunday, May 17, 2020

Anak Najib, Riza CURI duit? Penjelasan peguam ini buat puak PH masuk gua.


'Dia curi berbilion, dia bawa dengan lori bagi balik kepada kerajaan, dia kata ini duit aku curi, sekarang jangan ambil tindakan ke atas aku ... Apakah kita di masa depan kalau ada pencuri, dia kena tangkap, lepas itu bagi balik duit, dia dilepaskan? ... Saya tidak persoal keputusan hakim, tentulah ia dibuat mengikut undang-undang, tapi saya khuatir pasal ada banyak lagi pencuri dalam negara kita, kalau kita pegang asas ini pencuri terlepas ... Kalau macam ini undang-undang, mungkin kita kena pinda balik, tapi itu terpulang kepada Dewan Rakyat nak pinda ...' - Dr Mahathir Mohamad (https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/15/dr-m-bimbang-pencuri-lain-mungkin-terlepas-susulan-kes-riza-aziz///www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/15/dr-m-bimbang-pencuri-lain-mungkin-terlepas-susulan-kes-riza-aziz)

Menurut Perkara 48(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana MP yang didapati tidak sempurna akal akan hilang kelayakan menjadi MP. Bukan nak tuduh orang tua dah gila. Tapi saya risau juga bila fikir pasal Dr M. Ini komen saya:

1. Undang-undang membenarkan pihak berkuasa untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 92(1) Akta tersebut. Selepas kompaun dibayar, tiada pendakwaan boleh dibuat terhadap orang yang membayar kompaun untuk kesalahan yang dikompaun itu. 

2. Bila Akta ini mula berkuatkuasa? Pada 15 Januari 2002 (ketika itu, Akta ini dikenali sebagai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001). Bila Akta ini diberi Perkenan Diraja? Pada 25 Jun 2001? Nak tanya sekarang, siapa PM masa itu? Siapa Menteri Kewangan masa itu?

3. Tahun lepas, SPRM (yang diketuai oleh Latheefa Beebi Koya, iaitu seorang lantikan Dr M) telah mengeluarkan notis kompaun terhadap beberapa individu dan entiti untuk membayar kompaun kerana menerima wang 1MDB, dan sekiranya mereka gagal, mereka boleh didakwa di Mahkamah untuk kesalahan berkaitan dengan pengubahan wang haram tapi jika mereka bayar kompaun itu, tiada tindakan akan dikenakan (https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/10/614856/sprm-keluar-notis-kompaun-terhadap-80-individu-entiti). Saya nak tanya, Dr M tidurkah masa itu? Kenapa tak cakap kat Beebi Koya yang seksyen 92 itu tak betul, jangan guna? Kenapa tak cakap yang kita tak boleh maafkan pencuri walaupun jika dia memulangkan balik barang curi itu? Mesti Dr M tidur lah masa itu!

4. Saja lah Dr M guna istilah "curi" walaupun Riza sebenarnya didakwa untuk kesalahan pengubahan wang haram. Sebab kesalahan curi memang tidak boleh dikompaun, Kanun Prosedur Jenayah tak izinkan. Kesalahan penggubahan wang haram boleh dikompaun selaras dengan seksyen 92 itu. Dr M harus ingat, walaupun beliau bercakap macam orang buta huruf bab undang-undang, PHitnah tetap PHitnah.

P.S. Dr M ini okay kah? Atau saya ja tak faham kata-katanya? Teringat satu pepatah Punjabi: "gunggay day ishaaray, gunggay di ma hi jaan di", ertinya isyarat yang dibuat oleh seorang bisu hanya boleh difahami oleh ibunya. Siapa sini "ibu" Dr M, tolong fahamkan saya maksud kata-kata Dr M!

Oleh :
Dr Shamser Singh Thind
16 Mei 2020

Sumber :

3 comments:

  1. Dah tua mudah lupa...memang gitu lah hakikat nya...klu berkaitan dgn dri sendiri jawapan yg pling mudah bila dan x tahu serta saya x di beritahu.

    ReplyDelete
  2. Maddey Orang tua kaki putar alam dah gila!!!!

    ReplyDelete
  3. HARI YANG DI TONGGU MENJELANG TIBA
    18 MEI PERSIDANGAN PERLIMEN PERTAMA
    ADA PERANGAI MCM BERUK TEEJERIT SAJA
    KEMANA ATOK KITA KASI TEPUK PADU YAA

    ESOK ADA MASKOT ADA MASK BERCONTENG
    BERUK MONYET MENJERIT2 PENGKHIANAT
    TV JANGAN LUPA KASI TEPAT ZOOMING
    KEMBANG KEMPIS IDUNG ATOK MAKIN LIGAT

    KEMANA KU BAWA DIRI YG BERUSIA INI
    BOBOI ANAKNYA DITERAJANG PAGI TADI
    NAK KE KIRI KE KANAN ORANG TAK SUDI
    HAAH TEPOK PADU POP CORN TAMBAH LAGI


    KIKIKIKI.. JGN LUPA ESOK 18 MEI BERUK MONYET BARU KELUAR DARI PKPB


    KIKIKIKI..

    ReplyDelete