AdSense

Saturday, May 16, 2020

BREAKING NEWS: CHINA AKUI SEMANGAT JUANG KITA DI LAUT CHINA SELATAN


1. Berbanggalah rakyat Malaysia. Terkini akhirnya 3 hari selepas kita berjaya menyempurnakan eksplorasi di Laut China Selatan di sebalik gangguan kapal-kapal China sejak lima bulan lepas, Menteri Pertahanan China Jeneral Wei Fenghe sendiri telah menghubungi Menteri Pertahanan kita, Dato Seri Ismail Sabri.



2. Sesungguhnya tindakan Menteri Pertahanan China ini menandakan bahawa kuasa ketenteraan dunia itu menghormati semangat juang kita yang tidak berundur hinggakan berjaya menyempurnakan misi eksplorasi melalui kerjasama erat TLDM-Maritim Malasyia-Petronas serta imbangan kuasa Amerika-China.

3. Wajib diketahui bahawa Menteri Pertahanan China ini hanya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertahanan Malaysia selepas kita berjaya menyelesaikan eksplorasi kita di dua blok Laut China Selatan pada 12 Mei baru-baru ini, meski pun beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan sejak sekian lama.

4. Dalam geostrategi kuasa kecil, kita mempunyai pilihan untuk mempertahankan kepentingan negara kita sama ada melalui kekuatan (bargaining through strength) atau melalui kelemahan (bargaining through weaknesses).  Ternyata kita berjaya menggabungkan kedua-duanya hingga misi di blok Arapaima-1 dan Lala-1 berjaya disempurnakan.

5. Peristiwa ini membuktikan bahawa kita bukan kuasa kecil yang mudah melutut di kaki kuasa besar.  Kita tidak bertindak bacul sama sekali untuk menghubungi mereka, sebaliknya dalam kes China ini merekalah yang menghubungi kita sambil meminta untuk memelihara kerjasama antara kedua-dua negara.

6. China tentulah menyedari bahawa mereka perlu mempertimbangkan kepentingan strategik yang Malaysia miliki.  Kita bukan sahaja menguasai Selat Melaka – di mana lebih 80% import hidrokarbon China perlu lalui, bahkan kita juga memiliki beberapa projek kritikal bagi Inisiatif Belt and Road China.  

7. Antaranya, ECRL di Pantai Timur Malaysia yang bernilai RM44 bilion, kepentingan mereka dalam projek Bandar Malaysia, Forrest City di Johor, Melaka Gateway di Melaka.  Begitu juga dengan hakikat bahawa kita masih menuntut RM9 bilion dari China untuk dua projek paip gas yang telah dibatalkan (kes pembayaran jauh mengatasi progres projek).

8. Hakikat bahawa kita tidak berundur walau seinci pun ketika kapal pemusnah China serta kapal pengawal pantai mereka mengasak usaha eksplorasi kita di blok Arapaima-1 dan kemudiannya blok Lala-1 membuktikan bahawa kita sanggup berjuang dan rela berkorban daripada menyerah dan berundur.

9. Sesungguhnya, peristiwa ini akan dikenang dalam sejarah bagaimana pasukan pertahanan kita seperti TLDM dan Maritim Malaysia serta entiti Petronas berjaya mempertahankan kepentingan negara kita hingga mengundang hormat kuasa besar.

Tahniah Malaysia!

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

Sumber : 

1 comment:

  1. Fighting malaysia...jangan mudah mengalah dengan kuasa luar..kipidap

    ReplyDelete