AdSense

Monday, May 18, 2020

BN-PAS paling kuat dalam PN


1. Kerajaan anak Mahathir, Mukhriz tumbang di Kedah. Sebelum ini Kerajaan PH di Johor tumbang, diikuti Melaka.


2. Nak kata pintu belakang, tak juga. Sebab PH roboh lepas PH vs PH. Mahathir letak jawatan 24 Feb 2020, beberapa hari selepas mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan. Bincang pasal peralihan kuasa Mahathir - Anwar.

Tulisan SL sebelum mesyuarat tersebut berlangsung:
http://suaralensa.blogspot.com/2020/02/mesyuarat-majlis-presiden-ph-this-is.html?m=1

3. Beberapa minggu sebelum tu, pro Anwar, Otai Reformis dan budak Anwar, Rafizi berkokok pasal tarikh peralihan kuasa. Budak-budak Mahathir macam Syed Saddiq pun sambut berkokok. Malam mesyuarat Majlis Presiden PH siap ada 'himpunan menyokong Mahathir kekal PM' di luar. Parti pemerintah buat demo sokong bos dia depan rakan parti gabungan. Tak ke pelik tu?

https://www.sinarharian.com.my/article/71003/BERITA/Politik/Ahli-Armada-Bersatu-berhimpun-sokong-pentadbiran-Tun-M

4. Tutup cerita pasal kerajaan PH yang dah tumbang selepas gagal mentadbir negara selama 22 bulan. PH juga tumbang selepaa 66 hari DS Najib Tun Razak bersumpah laknat. Fakta yang menggerunkan.

5. Sekarang cerita pasal kerajaan pimpinan PM TS Muhyiddin Yassin. Dikhabarkan parti Muhyiddin PPBM akan bergabung dengan lain-lain parti termasuk BN dan PAS. Tapi kejap. Pengerusi PPBM masih lagi Mahathir dan Timbalan Presiden PPBM masih lagi Mukhriz kan?

6. Politik ialah berasaskan nombor. Mengikut bilangan kekuatan kerusi Parlimen, BN-PAS jauh melebihi kekuatan kumpulan Muhyiddin + Azmin Ali.

7. Pada peringkat awal kekacauan negara berlaku akibat PH vs PH, Ahli Parlimen BN, PAS dan PBRS sebulat suara memohon perkenan DYMM YDP Agong untuk pembubaran Parlimen. Rujukan berfakta : https://youtu.be/ZQ396TENfz8

8. Namun atas kebijaksanaan YDPA, Baginda memanggil mengadap kesemua Ahli Parlimen. Dan akhirnya terbentuklah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke 8 apabila mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

9. Erti kata lain, BN-PAS hanya mahu menyelamatkan negara daripada kekusutan yang berpanjangan akibat PH vs PH.

10. Berbalik kepada nombor. Seandainya Muhyiddin mahu membentuk gabungan dengan nama Perikatan Nasional, kerajaan yang ada semestinya perlu dikuasai BN-PAS secara total. Baik di atas kertas mahupun secara fizikal. Kerusi Menteri perlu diberikan mengikut kuota kekuatan setiap parti. Bukan bernafsukan jawatan tapi ini realiti. Sudah lupa, politik itu adalah nombor?

11. BN-PAS juga perlu sedar dan akui bahawa PH tumbang adalah disebabkan perebutan kuasa. Maka perlu sentiasa berhati-hati dengan setiap pemimpin yang pernah memakai baju PH sebelum ini. Bukan hendak merosakkan hubungan dalam kerajaan yang ada sekarang, tetapi realiti politik tidak boleh dipandang ringan. Sedangkan Mahathir yang berpuluh tahun kenyang dengan tiket UMNO boleh belot dan menyembah D4P yang berpuluh tahun dimusuhi demi kuasa.... Ya kita bercakap tentang kuasa.

1 comment:

  1. Siapa mulakan kerajaan Tebuk Atap?

    PH mendakwa Perikatan Nasional adalah Kerajaan pintu belakang dan tebuk atap atau kerajaan tak sah.

    Mari kita singkap sikit sejarah sejak berakhirnya PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu. Kemudian cuba kita sama2 beri penilaian dan beri gelaran utk beberapa kerajaan negeri yg ditubuhkan selepas itu. Selepas berakhirnya PRU14 kita dikejutkan dg tindakan 30 MP BN/ UMNO melompat dan menyokong ke PH sama ada dg menjadi MP bebas atau menyertai parti dlm PH.

    1. Sabah.
    BN 29 DUN + STAR 2 DUN. Musa Aman angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah dg sokongan 31 ADUN. Warisan, PKR dan DAP menang 29 DUN. Kemudian 6 wakil rakyat BN bertindak menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
    Apa gelaran yang sesuai untuk Kerajaan ini? TEBUK TUPAI?

    2. Kedah.
    PH menang 18 DUN. PAS dan UMNO juga menang 18 DUN. Tiba2 ADUN Guar Chempedak menyokong Mukhriz dan Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar.
    Kerajaan ini kerajaan apa?
    TEBUK DINDING???

    3. Perak
    Kerusi DUN Perak ada 59. PH menang 29 DUN. Tak boleh tubuh kerajaan. Entah kenapa 2 wakil rakyat UMNO menyokong PH. Faizal Azumu angkat sumpah MB Perak.
    Apa nama sesuai utk Kerajaan ini?
    Kerjaan TEBUK LANTAI???

    Selepas 22 bulan PM7 pun penat atau tersilap perkiraan atau tersilap perkataan. PM7 letak jawatan. Bila PM letak jawatan maka dg sendirinya semua Jemaah Menteri secara otomatik meletak jawatan dan kerajaan terbubar - TEBUK MUKA SENDRI..


    padan muko..!!!kikikk

    ReplyDelete