AdSense

Tuesday, September 24, 2019

Siapa calon pembangkang untuk PRK Tanjung Piai (P165)? Baca 5 sebab ini...


Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat allahyarham Dr Farid Rafik yang telah meninggal dunia pada 21 September 2019 baru-baru ini akibat serangan jantung. Secara individu, beliau sememangnya seorang pemimpin muda yang amat berkaliber dan menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Ahli Parlimen Tanjung Piai dengan baik.

Semoga roh ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al Fatihah (dengan bacaan).



Speaker Dewan Rakyat telahpun memaklumkan kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada SPR dan SPR dalam kenyataannya semalam (23 September 2019) memberitahu bahawa mereka akan bermesyuarat khas sekaligus akan memutuskan tarikh berlangsungnya PRK di Parlimen Tanjung Piai (P165) pada 1 Oktober ini. Kira-kira seminggu dari sekarang.

Sehari dua ini Suara Lensa ada membaca pandangan penganalisis politik tersohor seperti Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, Azmi Hassan (Universiti Teknologi Malaysia), Kamarul Zaman Yusoff (Universiti Utara Malaysia) dan Ridhuan Tee Abdullah (Universiti Sultan Zainal Abidin).

Sejujurnya, Suara Lensa merasakan Barisan Nasional perlu mengekalkan kerusi P165 untuk MCA. Ini sebabnya :

1. Peratusan pengundi di kawasan ini tidak banyak berbeza antara pengundi Melayu dan Cina.

2. UMNO dan PAS yang baru menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019 lepas pastinya mahu membuktikan bahawa kerjasama ini tidak meminggirkan mana-mana kaum. Lagipun telah dinyatakan dengan jelas di dalam piagam tersebut bahawa ia selari dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Keputusan PRU14 bagi P165 melihat pengaruh atau sokongan pengundi kepada Barisan Nasional masih kuat, biarpun 95% pengundi Cina di seluruh negara dikatakan mengundi PH. Hanya tewas 524 undi saja dan calon BN ketika itu Wee Jeck Seng dari MCA berjaya beroleh 20,731 undi.

Wee Jeck Seng

4. Sekiranya mana-mana calon dari MCA menang dalam P165 ini ia secara tidak langsung dapat menguatkan suara orang Cina mewakili Barisan Nasional di Dewan Rakyat. Dengan itu, keseimbangan kaum dalam Barisan Nasional akan meyakinkan rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bahawa kebangkitan Barisan Nasional menerusi Muafakat Nasional bukanlah seperti 'Taliban' atau satu perisytiharan 'perang' ke atas bukan Melayu.

5. Terbaru, melihat kepada undi atas talian yang dibuat oleh media Cina, NTV7 semalam. Keputusan memihak kepada BN dengan 68% sokongan berbanding PH dengan hanya 32% undi. Jika undian atas talian bukan kayu pengukur sebenar, bagaimana pula dengan senario atau fenomena atas talian ketika PRU14 lalu?


Walaubagaimanapun ini hanyalah pandangan Suara Lensa. Pucuk pimpinan Barisan Nasional bersama Gagasan Sejahtera atau Dewan Himpunan Penyokong PAS pastinya lebih bijak dalam mengatur strategi untuk PRK Tanjung Piai ini. Segala keputusan pucuk pimpinan nanti haruslah diterima secara bulat hati oleh seluruh ahli dan penyokong parti.

Apa yang pasti, pembangkang WAJIB rampas semula kerusi P165!

Suara Lensa
24 September 2019

No comments:

Post a Comment