AdSense

Tuesday, September 24, 2019

Cepat betul MP DAP buat kerja. INI BUKAN ISU RASIS TAPI...


22 Sept 2019 Malaysiakini ada siarkan artikel bertajuk "PELAJAR BUAT 4 KERJA SARA DIRI, KELUARGA".

Ia menceritakan kisah pelajar bernama Ong Ke Shing, 22 tahun. Pembaca boleh baca artikel penuh di sini :



https://m.malaysiakini.com/news/492902

Dua hari kemudian, iaitu hari ini 24 Sept 2019, pemimpin DAP iaitu Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng pantas tampil menghulur tangan menyambut Ong Ke Shing.

Lim Lip Eng minta pelajar yang kesempitan untuk ke pejabatnya. Adakah mereka akan diberikan peluang pekerjaan menjadi Cybertrooper DAP misalnya sebagai sumber pendapatan sampingan?

https://m.malaysiakini.com/news/493084

Sejujurnya penulis bangga dengan sikap baik hati Lip Eng yang cepat membela nasib pelajar yang memerlukan. Biarpun Ke Shing akui beliau sudah biasa kerja sedari usia kecil.

Sikap pemimpin DAP yang cepat membela rakyat harus dicontohi pemimpin PH yang lain. Apa guna jadi pemerintah jika tidak mampu membela rakyat?

Pada 24 Nov 2018, ratusan mahasiswa berarak ke Bangunan Parlimen Malaysia bagi menuntut janji PH menghapuskan PTPTN.

Pada 9 April 2019, siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur mengadakan himpunan aman membantah kenaikan yuran semester mereka.

Senyap sekejap kemudian hangat kembali setelah sepucuk surat UTM bertarikh 9 Julai 2019 tular. Ia adalah mengenai "PEMAKLUMAN KENAIKAN YURAN PERKHIDMATAN UNIVERSITI BERMULA SEMESTER 2, 2019/2020.

Ia naik dari RM329 kepada RM700 bagi peringkat ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan.

Manakala bagi kursus ijazah dalam bidang-bidang lain, yuran perkhidmatan meningkat dari RM314 kepada RM685.

Sementara pada 23 Julai 2018, kira-kira 1000 pelajar Universiti Multimedia (MMU) Melaka mengadakan protes membantah kenaikan yuran aktiviti pelajar.

Melihat kepada perkara ini, kenapa Lim Lip Eng tidak menyelesaikan masalah yang menimpa pelajar universiti? Kenapa bila keluar cerita pasal pelajar buat 4 kerja baru tampil membela?

Bagaimana dengan ribuan pelajar lain? Mereka juga buat kerja lebih masa! Melainkan wujud sentimen berbaur perkauman.

Lim Lip Eng juga sepatutnya menyelesaikan isu ini secara holistik atau menyeluruh. Segerakan tunai janji untuk hapuskan PTPTN serta memberi pendidikan percuma. Nescaya tidak timbul lagi cerita pelajar buat 4 kerja!

Atau Lim Lip Eng perlu memperbesarkan lagi ruang pejabatnya bagi membolehkan mahasiswa mahasiswi seluruh negara bertandang ke pejabatnya?

Suara Lensa
24 September 2019

No comments:

Post a Comment