Malam tadi Suara Lensa sempat singgah di Kompleks Yayasan Wangsa Perdana, Taman Ibukota bagi mendengar ceramah Penyatuan Ummah anjuran UMNO dan PAS kawasan Wangsa Maju.
Hadir sama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan KL.
Hebat ceramah mereka yang banyak menyentuh tentang orang Islam dan Melayu serta isu-isu semasa seperti kenaikan kos sara hidup, penjualan aset negara, janji PH palsu dan kegagalan PH mentadbir negara.
Bagus sekali tajuk dan kupasan isu seperti ini, seiring dengan gelaran sebagai pembangkang.
Kehadiran orang ramai yang hadir juga ramai.
Namun, Suara Lensa rasa terpanggil untuk mengkritik para penceramah, baik dari UMNO ataupun PAS.
Satu perkara saja Suara Lensa tidak selesa iaitu berkenaan 'sejarah silam'.
Tak salah nak buka semula kisah-kisah lama antara UMNO dan PAS. Macam mana UMNO PAS saling kutuk mengutuk. Sejarah tak boleh dipadam.
Tapi biarlah berpada-pada. Sikit-sikit bolehlah. Ia bagai seorang pelacur yang sudah bertaubat. Bila jumpa orang, takkan nak cerita bagaimana sedapnya kegiatan melacur? Cerita bagaimana ketika menerima pelanggan Mat Salleh atau Awang Hitam? Cerita adegan-adegan panas dengan amoi Vietnam?
Kalau beriya sangat bercerita, nampak macam tak ikhlas pula taubatnya. Baik terus pergi melacur! Baik terus langgan pelacur!
Suara Lensa faham mungkin ini cara para pemimpin UMNO PAS nak tunjuk kemesraan. Tapi pendengar di bawah kelihatan macam tak selesa. Macam, "oh kau nak kata kami dalam PAS lah penyebabnya? "Oh kau nak kata kami dalam UMNO lah puncanya?"
Suara Lensa perhatikan, ucapan yang 'kebelakang' ini bukan saja berlaku di Wangsa Maju tetapi juga di kawasan lain - sejak Penyatuan Ummah ini diaktifkan lagi. Harap sangat ia tidak berlaku lagi. Musuh utama pembangkang adalah Pakatan Harapan pro DAP.
Sekarang pemimpin UMNO PAS di seluruh negara kena pandang ke depan. Kalau boleh jangan disentuh lagi sejarah silam. Biarlah ia tersimpan rapat dalam lipatan buku sejarah.
P/s : Kalau tak suka kritikan ini tak apa. Abaikan dan Suara Lensa minta maaf.
Suara Lensa
23 September 2019
KONANG MASO SILAM TAK SALAH
ReplyDelete22 TAHUN TU ATOK KAU PUNYO SEJARAH
SUMO BONDO DIA PUNYA HARAMJADAH
ULANG BEBANYAK NO HAL LAHHH...!!
KIKIKIKI..
#BMF