AdSense

Friday, September 27, 2019

PRK Tanjung Piai : Ini kata Jurucakap MCA kepada pihak yang cuba rebut kerusi dan lobi jadi calon

Jangan menang sorak kampung tergadai

Saya ingin menyeru seluruh ahli parti-parti komponen BN, terutamanya ahli-ahli MCA supaya tidak membuat desakan ataupun "melobi" secara terbuka berhubung calon yang bakal dinamakan dalam PRK Tanjung Piai mewakili Barisan Nasional.

Percayalah, tindakan sedemikian langsung tidak mendatangkan sebarang faedah kepada mana-mana pihak. 

Perbalahan dan perpecahan dalaman ini yang dinanti-nantikan oleh pihak sebelah itu, kerana sememangnya mereka sudah panas hati melihat Muafakat Nasional yang dipelopori oleh UMNO dan PAS semakin menjadi.

Jadi kenapa perlu kita bertengkar sesama kita padahal matlamat kita sama, iaitu untuk memastikan Barisan Nasional kembali menjadi pilihan rakyat? 

Perlu diingatkan ini hanyalah PRK dan biar apa keputusannya, ia tidak akan mengubah lanskap politik tanah air buat masa ini. Ujian yang jauh lebih besar bakal menanti, iaitu PRU ke-15 yang akan menjadi medan sebenar Barisan Nasional  untuk kembali menyelamatkan Malaysia daripada terus dijahanamkan oleh puak PH.

Jadi, biar kita serahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam menentukan calon yang terbaik mewakili Barisan Nasional. Jangan menang sorak kampung tergadai.

Ayuh kita kembali kepada perjuangan dan semangat asal Barisan Nasional. Baik calon daripada UMNO, PAS, MCA mahupun MIC, yang penting, kita mesti menyokong sepenuh hati bagi memenangkan calon kita. Dan pada masa yang sama, sampaikan mesej kepada kerajaan PH a.k.a. Kerajaan sepenggal: "Enough is enough!"

Oleh: 
Mike Chong
Jurucakap MCA
AJK Pusat Pemuda MCA
Ketua Pemuda MCA Bahagian Wangsa Maju

No comments:

Post a Comment