AdSense

Friday, September 27, 2019

Keputusan inkues kes Adib : Mahkamah kata ia kes jenayah!


10.12 pagi- Mahkamah Koroner: Mahkamah memutuskan kematian ahli bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah hasil daripada perbuatan jenayah, dan kegagalan polis untuk bertindak pantas pada masa kejadian.


Ketika menyampaikan keputusannya, Koroner Rofiah Mohamad  berkata mahkamah membuat kesimpulan bahawa kecederaan dialami Adib ketika kejadian disebabkan dua hingga tiga indvidu tidak dikenali telah mengheret mangsa keluar dari van EMRS jabatan bomba, menarik dan menghentak arwah.

"Saya juga buat dapatan kematian arwah sebab kegagalan PDRM dan FRU kawal rusuhan.

"Keterangan jelas menunjukkan telah berlaku beberapa kebakaran sebelum arwah terlibat. Anggota omba juga telah diancam perusuh yang tak mahu kebakaran dipadam.

"Ada polis berkawal dan api berjaya dipadam bomba. Adalah amat malang bila dua troop FRU dengan ratusan anggota dengan tujuh kenderaan pelbagai jenis, water cannon, gas tank dan sebagainya, tetapi hanya melihat perusuh-perusuh melakukan khianat pada bomba tetapi tak melakukan apa-apa.

"(Mereka) hanya siap siaga dengan senjata mereka, semata-mata kerana tak diberi arahan walaupun keadaan meruncing," jelasnya.

10.25 pagi - Mahkamah Koroner:  Koroner Rofiah Mohamad berkata, mahkamah kini menyerahkan kepada polis dan peguam negara untuk menjalankan siasatan dan untuk melakukan pendakwaan.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/493481

Sementara itu PUTRA dalam satu kenyataan berkata :

KENYATAAN MEDIA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA) BERKAITAN KEPUTUSAN INKUES ALLAHYARHAM ADIB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. PUTRA bersyukur dengan keputusan Mahkamah Koroner pagi ini yang memutuskan punca kematian Allahyarham Adib adalah akibat perbuatan jenayah iaitu di belasah sehingga mati oleh perusuh-perusuh yang cuba menghalang pihak Bomba dari memadam kan kebakaran dalam kejadian berkenaan.

2. Dengan keputusan ini maka PUTRA mendesak pihak Polis untuk mengklasifikasikan semula siasatan kes ini kepada kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

3. PUTRA juga mendesak pihak polis menangkap semula 4 orang suspek yang telah di siasat kerana memukul Arwah Adib ini utk di tangkap semula selepas di bebaskan dari tahanan reman pada 10 Disember 2018.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/507511/kes-pukul-adib-4-lelaki-bebas-dengan-bon-mahkamah-dan-jaminan-polis/amp

4. PUTRA juga mendesak Peguam Negara untuk segera mendakwa 4 lelaki ini atas pertuduhan Membunuh.

5. Dengan segala keterangan yang di kemukakan oleh saksi-saksi dalam prosiding Inkues ini, pihak polis dan Jabatan Peguam Negara mempunyai bukti yang lebih dari mencukupi untuk di sabitkan atas kesalahan membunuh dan hukumannya tidak lain adalah gantung sampai mati.

6. PUTRA mengucapkan Tahniah kepada Barisan Peguam yang mewakili kepentingan keluarga Allahyarham Adib kerana telah menjalankan amanah dengan sangat baik serta menjalankan tugas tanpa rasa takut.

7. PUTRA dan seluruh rakyat Malaysia mengharapkan Keadilan atas kematian Allahyarham Adib dapat di laksanakan.

Sekian dan terima kasih.


Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
0129770412

No comments:

Post a Comment