AdSense

Thursday, September 26, 2019

PRK Tanjung Piai : MCA letak calon ke tak? Ini jawapannya...


Hari ini, selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA, saya bersama pimpinan parti telah mengadakan sidang media di Wisma MCA.



Pertama, saya telah mengumumkan pelantikan Datuk Chong Sin Woon sebagai Setiausaha Agung MCA yang baharu bagi menggantikan Datin Paduka Chew Mei Fun.


Chong Sin Woon atau lebih dikenali dengan nama 'Ah Chong' yang pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan dan mantan Ketua Pemuda MCA ini pastinya akan memberi nilai tambah yang mantap untuk parti.

Tahniah diucapkan dan selamat bertugas Ah Chong!

Kedua, mesyuarat pada hari ini juga telah membincangkan mengenai penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan MCA (AGM). Tarikh AGM ini akan diumumkan pada 2 Oktober nanti memandangkan berlakunya kekosongan kerusi di Parlimen Tanjung Piai.

Ketiga, mengenai PRK Tanjung Piai.

Di peringkat parti, MCA sememangnya sudah bersiap siaga. Semalam dalam pertemuan dengan Pengerusi MCA Bahagian Tanjung Piai, Dato Sri Wee Jeck Seng, beliau telah menyatakan komitmen untuk menggerakkan jentera parti.

Jeck Seng akan mengetuai jentera di peringkat bahagian manakala Timbalan Pengerusi MCA negeri Johor, Datuk Lim Pay Hen akan mengetuai jentera peringkat negeri. Jentera PRK di peringkat pusat pula akan diketuai oleh Timbalan Presiden MCA Dato' Dr Mah Hang Soon sambil dibantu Setiausaha Agung, Chong Sin Woon.

Saya diasak oleh pemberita yang bertanyakan sama ada MCA akan meletakkan calon atau tidak. Namun saya kekal dengan pendirian bahawa soal calon ini akan diumumkan setelah keputusan secara kolektif menerusi Dewan Tertinggi Barisan Nasional dicapai.

Pagi tadi saya ada berjumpa dengan Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kami akan memastikan BN merampas semula kerusi Tanjung Piai dalam PRK kali ini.

Siapa pun calonnya, ia akan ditentukan secara kolektif oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional. Apa yang pasti, BN akan bertungkus-lumus untuk menawan Tanjung Piai!

Tonton 'live video' di sini :
https://www.facebook.com/MCAHQ/videos/1503376493146459/

Sumber :
https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1373348106166023/

No comments:

Post a Comment