Monday, April 9, 2018

Manifesto BN adalah 'manifesto for all' - TSAM

Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan oleh Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 April 2018 lepas secara jelas menunjukkan bahawa NO ONE LEFT BEHIND - Kata-kata yang selalu disebut Najib.


Ia bukan sekadar kata-kata tapi dizahirkan menerusi perancangan yang begitu teliti.

Ya, manifesto BN memaparkan cita-cita parti itu untuk membela nasib rakyat dan negara secara menyeluruh. Ia sekaligus membuatkan pemimpin dan pentaksub pembangkang menggigit jari.


Manifesto BN buat pakatan tercengang #HebatkanNegaraku
http://suaralensa.blogspot.my/2018/04/manifesto-bn-buat-pakatan-tercengang.html

Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula, istilah mudah yang boleh diperkatakan tentang manifesto BN ini ialah, MANIFESTO FOR ALL

Manifesto untuk semua aspek secara holistik atau menyeluruh.

Dalam masa sama Annuar juga menegaskan bahawa manifesto ini bukanlah dibuat terburu-buru tanpa penelitian mahupun janji untuk pancing undi pilihanraya semata-mata.


Jelasnya, manifesto BN itu menjurus kepada arah tuju Malaysia yang baharu atau ‘road map for a new Malaysia.

“Kita mempunyai satu pasukan untuk membuat kajian dengan melakukan pendekatan dengan pihak-pihak berkepentingan dan kemudian ianya telah diulangkaji berkali-kali bagi mendapatkan rumusan sebegitu rupa,”

Selain itu Annuar menyifatkan manifesto BN ini sebagai ‘karekter berkerja’ yang perlu dilaksanakan apabila mendapat mandat rakyat selepas PRU14 nanti. Sedia maklum, BN memiliki track record atau pengalaman yang baik dalam mengurustadbir negara.

Bukan itu saja, BN juga sentiasa mengotakan setiap apa yang dijanjikan. Jauh berbeza dengan pakatan pembangkang. Lihat saja negeri-negeri yang diperintah mereka yang boleh dikatakan sebagai pentadbiran yang gagal.


Tidak semua janji yang ditabur dikotakan. Mereka sekadar menjanjikan bulan dan bintang bagi meraih undi. Bila sudah mendapat mandat, mereka gagal melaksanakannya. Ada saja alasan yang diberikan. Paling kerap, mereka akan menuding jari kepada orang lain pula.

Sebab itu rakyat Malaysia khususnya para pengundi perlu sedar dan membuat pilihan yang bijak memilih pemerintah.

#BersamaBN #BarisanProRakyat #KitaPilihBiru #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment