AdSense

Monday, April 9, 2018

1 saja sebab kenapa jangan undi DAP


Bila orang Melayu ajak tolak DAP, akan ada yang kata ia sebagai rasis. Walhal parti DAP adalah sebenarnya sebuah parti yang rasis, sepertimana yang diperkatakan oleh calon PM Pakatan Harapan iaitu Tun Mahathir di Shah Alam pada tahun 2013.


Ramai yang berpegang kepada kenyataan Mahathir itu. Begitu juga dengan penulis. Kata-kata Mahathir masih terngiang-ngiang di telinga. Lim Kit Siang (bos DAP) adalah rasis dan parti DAP amalkan politik perkauman, kata Mahathir.

Bersandarkan kepada itu, ramai yang mencari-cari kebenaran yang mengatakan bahawa apakah benar DAP seperti itu?

Pada 6 April 2018, parti terbesar orang Cina di Malaysia dalam komponen Barisan Nasional iaitu MCA ada memuatnaik satu video bertajuk : SATU SEBAB KENAPA KITA TIDAK PATUT MENGUNDI DAP

Setakat jam ini, video yang berdurasi selama 4:45minit itu sudah ditonton lebih 690 ribu penonton di https://www.facebook.com/MCAHQ/videos/vl.177340989581058/1708792109166542/?type=1

Tepat sekali apa yang diperkatakan di dalam video tersebut. Satu penjelasan yang ringkas dan padat berhubung parti DAP. Sesungguhnya sejarah tidak boleh dipadam dengan begitu mudah.

Selama kewujudan DAP di bumi Malaysia ini, masyarakat perlu sedar dan ingat apa yang mereka sudah lakukan.

Parti yang dikepalai Kit Siang selama lebih 50 tahun ini terbukti mengamalkan politik sempit, beremosi dan penuh dengan kebencian!

Sementara parti MCA bersama Barisan Nasional pula lebih harmoni dan bertamadun dalam berpolitik. Malaysia yang dihuni masyarakat majmuk ini lebih aman dan sejahtera dibawah panji keramat Barisan Nasional sejak dikenali Parti Perikatan lagi.

Tambahan pula ketika ini Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terbukti berjaya membawa aspirasi negara tanpa menggunakan sentimen emosi atau politik kebencian. Kedua-dua pemimpin bersama anggota partinya tidak berminat untuk mendapatkan kuasa dengan menggunakan politik kotor sepertimana yang dilakukan pihaklawan khususnya DAP.

Menjelang PRU14 tak lama lagi, tekadkan azam untuk memangkah lambang Dacing pada kertas undi. Hanya Barisan Nasional sajalah yang mampu dan layak untuk terus mentadbir negara ini.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP terbukti gagal menjadi satu pemerintah yang baik. Lihatlah Pulau Pinang dan Selangor yang terpalit dengan pelbagai skandal memalukan!

Kata mudah, negeri yang mereka tadbir selama ini pun gagal diuruskan dengan baik apatah lagi mahu mentadbir sebuah negara?

Ayuh, #BersamaBN #KitaPilihBiru #StrongerTogether #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku

No comments:

Post a Comment