Friday, April 20, 2018

Asyik mengata saya dan DS Najib. Kalau nak kuasa, buatlah kerja untuk rakyat - DS Rosmah Mansor


Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menempelak pembangkang yang menjadikannya sebagai mangsa fitnah.

Iyalah kalau kita selak apa yang berlaku sebelum ini, pembangkang cukup gemar menghalakan serangan kepada Rosmah. Cincin 24 jutalah, kononnya beliau sombong, puaka, kawal Perdana Menteri bahkan majlis perkahwinan anaknya turut dijadikan modal politik pembangkang.


Ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Salam Sayang Perdana Wanita Barisan Nasional di Lembah Pantai hari ini, Rosmah menasihatkan supaya tidak mempraktikkan politik kotor. Sebaliknya berpolitik secara matang.

Beliau yang sering menjadi mangsa fitnah dan berita palsu juga menyeru masyarakat agar menyemak dahulu kesahihan sesuatu berita.

Kalau kita tengok dalam media sosial, terdapat banyak penyebaran yang menggambarkan Rosmah dengan gambaran negatif walhal itu semua tidak betul.

"Tak habis-habis pasal cincin. Besan saya bawa masuk. Ikut suka dialah nak bawa masuk, hak dia. Tapi itu cincin untuk pertunjukkan. Pergi tanya Rafizi, dia ada borang (kastam) masuk tapi tak tunjuk borang keluar. Inilah cara pembangkang nak memanipulasikan berita dan mengaburi masyarakat. Keratan akhbar Utusan juga disunting untuk menfitnah.

"Hal perkahwinan anak saya juga dipolitikkan. Pihak lelaki nak memberi takkan nak tolak. Sudah budaya mereka begitu.

"Mereka cuma nak mengata DS Najib dan saya. Apa pasal? Kalau nak kuasa buatlah kerja dan tawan hati pengundi."

Selain politik kotor, Rosmah juga ada menyentuh tentang politik kebencian.

Beliau menceritakan peristiwa bagaimana seseorang yang lebih muda memanggilnya 'Rosmah Mansor'. Seorang Ahli Parlimen yang saya mengenalinya sejak dia kecil belum tumbuh gigi lagi.

"Saya ni dah nak masuk 66 tahun. Ini adalah basic, cara nak menghormati orang. Saya tak kisah kalau dipanggil auntie ke makcik ke tapi dia panggil saya Rosmah Mansor. Kita kena menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Saya mengaku tua. Bayangkan jika anak-anak kita memanggil kita seperti itu. Sebab itu kita harus sentiasa menghormati orang yang lebih tua, ibubapa dan guru-guru kita."

Dalam masa sama Rosmah juga mengharapkan semangat gelombang biru seperti ini dikekalkan.

Beliau juga menghargai pengorban jentera kepada parti khususnya skuad sayang.

Cara kerja skuad sayang yang turun ke akar umbi terbukti menepati kehendak masyarakat.

No comments:

Post a Comment