Friday, April 20, 2018

Layakkah Zairil Jadi Hero Alam Sekitar Di Tanjung Bungah?

Mungkin Zairil Khir Johari sedar yang dia sedang menempah kubur sendiri apabila bertanding di Tanjung Bungah, maka dia cuba 'beli jiwa' penduduk di situ. Iyalah, dia mesti kecut perut sebab Tanjung Bungah adalah kubu kuat Teh Yee Cheu, bekas ADUN DAP yang banyak perjuangkan isu alam sekitar. Teh punyai ramai penyokong di sana walaupun dia tak lagi bertanding di kerusi itu. 

Jadi, penduduk di situ sudah pasti mahukan seorang wakil rakyat yang akan perjuangkan isu yang sama. Tambahan pula Tanjung Bungah baru-baru ini dilanda bencana alam yang dahsyat, ekoran kedegilan kerajaan negeri yang suka buat projek lereng bukit.

Jadi, Zairil ini berikrar akan bantu penduduk di situ selesaikan isu alam sekitar. Konon nak jadi hero lah. Tapi, kenapa dulu masa Teh suarakan isu alam sekitar, kerajaan negeri buat endah tak endah saja. Adakah jika Zairil menang di situ nanti, kerajaan negeri akan beri perhatian sebab Zairil ni orang kanan Lim Guan Eng? Kalau inilah caranya, nampak sangat DAP amalkan 'double standard'. Memang patut kerajaan negeri sebegini ditolak rakyat!

#TolakPakatanPRU14
#PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment