Saturday, April 21, 2018

Pemandu teksi tak dapat Kad Bantuan Teksi 1Malaysia di Langkawi adalah FITNAH!


LAGI BERITA PALSU PASAL TEKSI - KAD BANTUAN TEKSI 1MALAYSIA. SEBARKAN! JANGAN BIARKAN AYAH, IBU, PAKCIK, MAKCIK, ABANG, KAKAK, ADIK TERMAKAN FITNAH! 




Proses pengedaran Kad Bantuan Teksi 1Malaysia sedang berjalan lancar di Langkawi, malah berikutan sesi bertemu pemandu teksi di Langkawi pada 19 April 2018, seramai 113 pemandu teksi telah menerima kad bantuan mereka di majlis tersebut. Sehingga 21 April, sebanyak 500 kad bantuan telah disampaikan kepada pemandu-pemandu teksi di Langkawi. Ini adalah sebahagian daripada 27,100 kad bantuan yang telah diedarkan bagi seluruh Malaysia. Oleh itu dakwaan bahawa kad tersebut tidak diedarkan di Langkawi adalah tidak benar sama-sekali.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan sekali lagi bahawa para pemandu tidak perlu khuatir kerana sebanyak 67,000 kad bantuan telah disediakan untuk mereka. Tambahan pula, pemandu teksi diberi tempoh selama 3 bulan (dari 16 April sehingga 16 Julai 2018) untuk mengambil kad bantuan tersebut dari pejabat-pejabat cawangan SPAD seperti yang tertera di bawah. 

Segala urusan pengambilan kad ini adalah tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat. Tarikh dan tempat pengambilan untuk para pemandu di Sabah dan Sarawak akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.

Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanjakan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara.

SPAD juga ingin menyatakan bahawa tohmahan di laman media sosial yang mendakwa kononnya "para pemandu menjadi marah selepas diberitahu kad bantuan hanya akan diberikan selepas pilihanraya," adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masing-masing selepas Kad Bantuan 1Malaysia dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 13 April 2018 di MAEPS, Serdang; malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil oleh pemandu.

Sekiranya dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)

• Pejabat SPAD Kelana Jaya 
• Pejabat SPAD Putrajaya
• Pejabat SPAD Pulau Pinang
• Pejabat SPAD Kuala Terengganu
• Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17 April hingga 16 Julai 2018)

• Cawangan SPAD UTC Kuantan
• Cawangan SPAD Melaka
• Cawangan SPAD UTC Ipoh
• Cawangan SPAD UTC Alor Setar
• Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
• Cawangan SPAD Langkawi 

No comments:

Post a Comment