AdSense

Thursday, March 22, 2018

Foto ini menggusarkan DAP, terbantut tawan Johor


Khabar angin mengatakan negeri Johor akan menjadi kawasan hitam bagi Barisan Nasional pada PRU14 tidak lama lagi.
Ada juga tanggapan yang mendakwa DAP akan menguasai Johor menerusi bantuan PPBM Mahathir. Benar, Presiden PPBM Muhyiddin ada pengikut yang kuat di Pagoh. Tapi ia bukanlah petanda bahawa Johor akan tumbang di tangan Pakatan Harapan diketuai DAP.

Melihat kepada Perhimpunan Perkukuhkan Team Johor anjuran MCA pada 18 Mac 2018 baru-baru ini, terbukti masyarakat Cina di negeri yang turut dihuni Lim Kit Siang itu mula menolak parti DAP.


Pemerhatian penulis, majoriti masyarakat Cina cukup berdendam dengan Mahathir yang kini menjadi calon Perdana Menteri PH. Hendak menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selepas pernah memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Sumber penulis juga memberitahu ramai ahli dan pemimpin DAP Johor akan keluar parti meninggalkan Dinasti Lim menjelang PRU14 nanti. Ini bertujuan hendak mengajar Kit Siang dan anaknya Guan Eng bahawa kehadiran Mahathir dalam pakatan PH adalah satu malapetaka.


Sementara akar umbi dan jentera parti Barisan Nasional terus memperkukuh serta memantapkan jentera masing-masing bagi berdepan pilihanraya.

Bagi parti komponen MCA, Johor sebagai kubu kuat BN harus dipertahankan dan merampas semula kerusi yang tewas pada PRU13 lalu.


Inilah masanya untuk menebus semula kesilapan terdahulu. Tambahan pula, tercatat dalam sejarah MCA-Gerakan telah bergabung membentuk jentera solid berdepan pilihanraya kali ini.

PERANG!!!

Hidup MCA!!!
Hidup BN!!!
Hidup Johor!!!
Hidup rakyat!!!

Itulah laungan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Ir Wee Ka Siong pada hari himpunan itu seterusnya menyuntik tambahan semangat buat jentera parti.

Daripada raut wajah jentera, mereka kelihatan tidak sabar untuk turun berkempen memperbetulkan minda masyarakat daripada dakyah songsang pakatan.

Apa yang pasti, pemimpin pakatan sudah mula gusar dengan aura ini. Jika tidak, masakan big boss DAP Lim Kit Siang dikatakan akan lari daripada kawasannya di Gelang Patah untuk berlindung di Pulau Pinang?

#StrongerTogether

1 comment:

  1. di pagoh modin menang atas tiket umno/bn.orang pagoh ahli umno..sedaramara dia je yg sokong dia nt

    ReplyDelete