AdSense

Friday, March 23, 2018

Zairil dan Dyana - Aset DAP, hidden agenda


Untuk penulisan kali ini, penulis ingin mendedahkan dua senjata DAP bertopengkan 'wajah Melayu' iaitu Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Md Daud.

Kita mulakan dengan Zairil.

Lelaki 'jambu' ini mencetuskan kontroversi sekitar tahun 2013 apabila DAP menolaknya sekaligus meletakkan beliau pada barisan hadapan 'jentera Melayu' mewakili roket DAP.

Namun, hasrat DAP tercalar apabila maklumat dan sejarah hidup Zairil bocor.


"Orang Melayu, terutama orang Alor Setar apatah lagi seperti penulis, yang mana sejarah keluarga menyusur sehingga ke kawasan yang diberi nama Kanchut, sedia maklum akan sejarah keluarga Tan Sri Khir Johari yang juga tinggal di kawasan yang sama. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak.

"Selepas Che Tom meninggal pada 20 September 1994, Tan Sri Khir telah berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996.

"Ketika dikahwini, Puan Seri Christine adalah seorang janda dan telah pun mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina.  Salah seorang anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, iaitu nama Islam dengan mengambil nama suaminya yang baru.  Pada masa perkahwinan kedua ibunya ini, Zairil telah pun berusia 13 tahun.  Oleh itu jelaslah bahawa Zairil adalah Cina seratus peratus.

"Tan Sri Khir meninggal dunia pada tahun 2006 yang mana pada waktu itu Zairil berusia 23 tahun dan sedang belajar di luar negara." - Beruang Biru, Januari 2013.

Setelah 'kantoi', macam biasa DAP dengan muka tebal terus menerus mendakwa parti serpihan PAP Singapura itu membela orang Melayu. Hanya kerana Zairil seorang berada dalam pimpinan tertinggi parti. Biarpun soal ketelusan pemilihan parti CEC dipertikaikan ahli sendiri.

Sedia maklum, DAP dikatakan memanipulasikan pemilihan apabila mencatur kedudukan pemimpin pro Lim atau Dinasti Lim menduduki kerusi tertinggi parti.

Setahun kemudian iaitu sekitar Mei 2014, nama Dyana Sofya dipopularkan DAP. Pada ketika itu Dyana yang terhutang budi dengan UiTM ini bekerja sebagai setiausaha politik big boss DAP, Lim Kit Siang. PRK Teluk Intan adalah masa yang sesuai untuk melambung Dyana yang ketika itu berusia 27 tahun, seksi, bujang.


Kapal baru belayar tidak sampai separuh jalan, Dyana membuktikan dirinya sebagai boneka DAP, sama seperti Zairil apabila dimalukan wartawan semasa membuat liputan sempena PRK tersebut. Video aksi Kit Siang merampas microphone daripada Dyana tular sehingga kini dan dijadikan bukti ramai pemerhati politik.

Bukanlah pemikiran, idea, pendidikan atau kepimpinan yang mempopularkan Dyana. Sebaliknya :

1. Bikini
2. Dihalau penduduk Melayu
3. UiTM
4. Memadu kasih
5. Rokok
6. Arak

Adakah ia tidak sengaja atau disengajakan?

Pembaca sekalian, DAP sudah buat homework. Pemimpin parti ini bukan biasa-biasa. Jika tidak masakan ada maklumat yang mendakwa pemimpin parti ada hubungan dengan pakar strategi / propaganda dari negara luar seperti Taiwan. Jika pembaca ada kenalan di Jabatan Imigresen, boleh semak perjalanan pemimpin DAP sejak 2008.

DAP mahu menonjolkan parti itu sebagai parti untuk semua dan pembela orang Melayu. Tapi kenapa menjadikan Zairil dan Dyana sebagai aset? Aset yang secara jelas memaparkan identiti Melayu ala Barat?

Sebelum penulis menjawab, cuba lihat di sekeliling kita hari ini. Bagaimana rupa dan keadaan golongan muda hari ini? Artis, kebaratan, KPop, clubbin, parti, pergaulan bebas.... Inilah budaya orang muda di bandar-bandar besar. Ya, kawasan-kawasan bandar. Inilah kawasan sasaran DAP!

Mereka sedar, kalau dibawa imej Islamik ke kawasan bandar pasti kena reject.

Namun yang demikian, DAP bukanlah parti yang cepat putus asa dan 'tidak bergerak'. Mereka juga sudah mempersiapkan beberapa nama sebagai pelapis untuk dijadikan senjata 'imej Melayu'.


Seorang wanita bertudung, Syefura Othman atau Rara dan wanita berpurdah Jamila Rahim atau Melati pula disebut-sebut walhal hanya jadi ahli DAP. Kedua-duanya sudah dipopularkan secara berlebihan, kira muka depan dalam lidah rasmi RoketKini dan risalah-risalah cetakan parti.

Selain bersekolah di Sekolah Demokrasi DAP, wanita ini juga adalah downliner Dyana. Dua wanita ini nanti penulis siarkan kisah detail yang tidak pernah didedahkan. Tunggu....

Back to Zairil-Dyana

Bagai dunia selebriti yang penuh dengan kontroversi dan gosip, Zairil-Dyana kembali memecah panggung apabila mengumumkan tarikh perkahwinan mereka pada pada awal Mac 2018, setelah terpalit dengan skandal orang dewasa. Katanya nak kahwin hujung tahun 2018 ni. Sekaligus membuktikan kebenaran hubungan intim pasangan ini.

Hebat senjata DAP ini ala filem Titanic. Bukan saja pecah panggung tetapi juga menanam memori berpanjangan. Zairil-Dyana sebagai watak utama berpelukan di hujung kapal. Manakala kapal tertera tulisan 'Orang Melayu' sedang separa tenggelam sebelum karam di lautan.


Apakah masyarakat khususnya orang Melayu mahu karam bersama cinta Zairil Dyana? Kisah yang ditulis skripnya oleh DAP ini tidak lain hanya untuk kepentingan peribadi. Sanggup berhabis modal, biarlah watak utama mati, biarlah kapal mahal karam asalkan beroleh pulangan lumayan hasil kutipan 'box office', kisah kejayaan yang berkekalan sepanjang zaman. Fikirkan...

Sebelum mengakhiri tulisan, penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa kapal Titanic tidak boleh diganti. Nyawa penumpang juga tidak boleh dihidupkan semula. Begitu juga dengan kuasa politik. Andai ia diberi kepada tangan yang salah, negara akan musnah tanpa dapat dibaiki lagi. Kita hari ini sudah berada dalam kapal yang selesa dan kukuh. Biarlah ia kapal yang sama menuju ke destinasi yang diidamkan. Kita sudah berada pada laluan yang betul. Ombak, ribut dan segala rintangan kita hadapi bersama. Inilah kapal yang dikemudi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memakai baju Barisan Nasional.

#PRU14 #UndiBN #BetterNation #BarisanProRakyat #TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP #KamiGengNajibRazak

SUARA LENSA
23 Mac 2018

No comments:

Post a Comment