AdSense

Thursday, March 22, 2018

Kenangan zaman autokrat Mahathir


Biasa kita dengar cerita, atuk dan nenek kita dulu tak tahu atau lupa tarikh sebenar kelahiran mereka. Ini kerana pada zaman itu tidak ada sistem pendaftar kelahiran yang baik.

Mahathir Mohamad juga begitu. Beliau sendiri pernah kata beliau lahir pada 10 Julai 1925 tapi bapanya mendaftarkannya pada 20 Disember bagi memudahkan kemasukan ke sekolah.


Ya, Mahathir adalah seperti atuk, nenek dan moyang kita.

Biarpun bergelar moyang, Mahathir tetap seorang manusia biasa yang tidak lari daripada nafsu serakah. Tambahan pula cita-cita mengangkat anaknya Mukhriz atau boboi berada tempat paling tinggi dalam kepimpinan negara masih gagal. Legasi Mahathir hendak dikukuhkan. Ibarat kata kalau orang sebut Malaysia maka ia merujuk kepada Mahathir dan legasi. Bukannya rakyat Malaysia. Ini bukan negara milik rakyat Malaysia. Ini adalah milik Mahathir dan legasi.

Sedikit latarbelakang politik moyang ini... Beliau mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 4 pada pertengah tahun 1981 dan berundur pada tahun 2003. Menjadi Perdana Menteri paling lama mentadbir negara iaitu selama 22 tahun.

Selama tempoh itu, begitu ramai menjadi musuh Mahathir baik sultan, menteri, timbalan dan orang-orang kaya.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, Mahathir adalah pemimpin autokratik - 'Always do it my way'.

Autokrasi adalah satu bentuk kerajaan di mana seseorang memiliki kuasa mutlak. Autokrat adalah seseorang (seperti raja) memerintah dengan kuasa mutlak (tanpa had). Istilah autokrasi diambil dari perkataan autokratōr (αὐτοκράτωρ, harfiah. "pemerintah-sendiri", atau "seseorang yang memerintah mengikut dirinya sendiri"). - Wikipedia

Semua orang salah, dia seorang saja yang betul. Mujur Annuar cepat sedar bahawa Mahathir bukanlah Nabi atau Malaikat yang tidak pernah melakukan dosa.

Dah baca artikel panas ni?
Murid kesayangan cerita perangai sebenar Mahathir

Pada 6 Disember 2017, Mahathir secara terbuka mengatakan seronok menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14. Apakah seronok yang dimaksudkan Mahathir ialah seperti video di bawah?

No comments:

Post a Comment