AdSense

Tuesday, February 6, 2018

Tak ada modal... Isu MARA dikitar semula untuk fitnah Ketua Penerangan UMNO


Fitnah lama diulang siar, semata-mata mahu menutup kebenaran. Barangkali puak pembangkang yang diketuai DAP semakin takut dan terdesak untuk 'membunuh' seorang Ketua Penerangan UMNO iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Dialog Perjuangan For All yang bergerak ke seluruh Parlimen dalam negara, Diskusi Anda Tanya Kita Jawab dalam media sosial dan banyak lagi ceramah anjuran TSAM dijalankan setiap hari tanpa mengira masa siang dan malam.

Atas faktor itu, kumpulan yang dikepalai DAP cuba menutup mulut Annuar Musa daripada terus berkata-kata. Andai sekarang zaman Mahathir, pasti ISA digunakan. Annuar pasti dipenjarakan tanpa bicara atas alasan mengganggu ketenteraman awam.


Namun, ISA sudahpun dihapuskan pada zaman pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh kerana kebebasan bersuara dan demokrasi terbuka, kumpulan anti kerajaan tanpa berfikir panjang menjadikan ia sebagai senjata penyebar fitnah.

Pentadbiran Najib dan Barisan Nasional cukup demokrasi dan tiada istilah kuku besi. Berjayanya Najib mempromosi prinsip demokrasi dalam negara. Hinggakan rakyat membuka mata dan menyedari betapa jahatnya kumpulan pembangkang bermain dengan politik berbaur fitnah. Ini kerana, rakyat bukanlah bodoh seperti yang disangka pembangkang. Rakyat tidak mudah terpedaya dengan sebaran persepsi, hasutan dan fitnah.

Berbalik semula kepada isu yang dihalakan kepada Annuar Musa. Apa lagi jika bukan isu MARA. Strategi mereka, sebut saja MARA maka Annuar Musa harus dipersalahkan menerusi tuduhan rasuah dan sebagainya.

Ditegaskan, rakyat Malaysia hari ini bukanlah bodoh. Silaplah pembangkang menyerang Annuar yang aktif di semua tempat - di lapangan dan media sosial. Tambahan pula Annuar memiliki fakta yang lengkap untuk menjawab fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Sekali lagi, puak pembangkang yang diketuai DAP gagal untuk menumbangkang pemimpin pro rakyat.

Presiden Persatuan Patriot Malaysia dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 1 Februari 2018 telah membangkitkan lagi ISU BERKAITAN PEMBELIAN ASSET DI AUSTRALIA OLEH MARA INCORPORATED, sebuah anak syarikat MARA pada tahun 2012.

Ini berikutan tersiarnya satu laporan di Akhbar Australia bertarikh 27 Januari 2018.

"DARI DULU LAGI (2014) SEWAKTU SAYA SELAKU PENGERUSI MARA, saya berpendirian bahawa isu ini (YANG BERLAKU SEBELUM SAYA MENJADI PENGERUSI MARA) mesti di siasat secara terperinci kerana IA MELIBATKAN AGENSI KERAJAAN, KEPENTINGAN AWAM DAN AMANAH RAKYAT," tegas Annuar.

Untuk makluman pembaca, pembelian tersebut berlaku sekitar tahun 2012. Ketika itu Datuk Seri Idris Jusoh merupakan Pengerusi MARA.

Manakala menteri yang bertanggungjawab ke atas MARA ialah Datuk Seri Shafie Afdal, pemimpin Sabah yang kini bersekongkol dengan Mahathir dan DAP bagi menumbangkan Barisan Nasional.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan MARA Datuk Dr Yusof Yaacob pula adalah individu yang meluluskan pembelian tersebut. Beliau juga satu kapal dari Sabah.

Ketua Pengarah MARA pada ketika itu ialah Dato Seri Ibrahim Ahmad. Manakala Pengerusi MARA Inc Sdn Bhd iaitu syarikat yang membeli pula ialah Datuk Md Lan Alani - Bekas Bendahari Bhg Semporna, Sabah (kawasan yang diketuai Shafei Afdal).

Jadi, merekalah orang yang semestinya tahu dan bertanggungjawab ketika PEMBELIAN ASET-ASET ITU DI LAKUKAN.

Rakyat tidak bodoh. Rakyat masih ingat Annuar sendiri pernah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut.

"Mesyuarat Majlis MARA yang saya pernah pengerusikan sekitar 2014 - 2015 juga ada membuat keputusan supaya dilantik “INDEPENDENT EXTERNAL AUDITOR” bertujuan melakukan audit secara terperinci termasuklah forensik audit."

Namun ianya tidak dilakukan kerana keputusan Majlis telah di 'Over Rule' oleh kuasa yang lebih tinggi. Atas sebab itu kita tidak tahu kebenarannya. Dalam hal ini, soal intergriti harus menjadi keutamaan.

Sekali lagi Annuar menegaskan,

"Setiap perkara wajib disiasat ke akar umbi tanpa sebarang prejudis DAN KIRANYA ADA SESIAPA YANG DIDAPATI MENYALAHI UNDANG UNDANG NEGARA, maka proses undang-undang mesti berjalan TANPA MEMILIH BULU."


Artikel berkaitan :

Fakta yang cuba dipadam : Isu TRW, MARA dan UniKL
http://suaralensa.blogspot.com/2017/04/fakta-yang-cuba-dipadam-isu-trw-mara.html

MARA, Annuar Musa dan komplot jahat
http://suaralensa.blogspot.com/2017/12/mara-annuar-musa-dan-komplot-jahat.html

Annuar Musa tak didakwa, pembangkang terus jadi zombi!
http://suaralensa.blogspot.com/2017/12/tsam-tak-didakwa-kes-mara-pembangkang.html

MARA dan Annuar Musa kena fitnah lagi
http://suaralensa.blogspot.com/2017/12/mara-dan-annuar-musa-kena-fitnah-lagi.html

No comments:

Post a Comment