AdSense

Friday, December 29, 2017

MARA dan Annuar Musa kena fitnah lagi


Keliru, sengaja buat tak tahu atau serangan berunsur politik membunuh karier politik seseorang?

Ini yang sedang berlaku apabila menyentuh tentang badan Bumiputera seperti MARA - Majlis Amanah Rakyat.


Tersebar satu klip video berdurasi 12:51 menerusi aplikasi WhatsApp sejak seminggu lalu.

Antara yang diperkatakan ialah mengenai pelaburan menerusi sayap syarikat MARA Inc di luarnegara.

Siapa lagi yang diserang jika bukan Tan Sri Annuar Musa. Pemimpin UMNO yang juga Ketua Penerangan ini diserang barangkali kerana kelantangan beliau 'menembak' pembangkang.


Bukan tembak pakai peluru fitnah macam pembangkang. Tapi peluru fakta yang tepat. Sebab itu pembangkang gunakan serangan berunsur fitnah kerana mereka gagal menjawab fakta yang diberi Annuar.

Penyebaran video berkenaan nampaknya gagal. Sama juga dengan penyebaran-penyebaran fitnah yang lain. Kata orang Perak, fitnah lawan fakta mana maunye.... (Fitnah tidak dapat mengalahkan fakta).

Untuk makluman pembaca, semasa pentadbiran Annuar sebagai Pengerusi MARA, tidak ada satu pun transaksi seperti pembelian aset di luarnegara.

Semua urusan (pembelian) MARA di Australia berlaku sebelum Annuar menjadi Pengerusi lagi. Bahkan semasa menjadi Pengerusi, Annuar mengambil langkah proaktif dan berani bagi merungkai permasalahan yang berlaku. Beliau sendiri mahukan perkara tersebut disiasat secara telus.

"Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa, Sabtu lalu hadir ke SPRM bagi menyerahkan beberapa maklumat terkini berhubung pembelian unit hartanah berkenaan. Beliau dilaporkan berkata, penyerahan maklumat berkenaan didorong rasa tanggungjawabnya untuk membantu pihak SPRM menjalankan siasatan dalam kes berkenaan.

"Annuar juga mahu kes berkenaan diberi perhatian serius kerana keupayaan pihak MARA terbatas bagi menjalankan siasatan berhubung kes terbabit." - Arkib Berita Harian

Lagi fakta yang membuatkan pembangkang tertunduk malu...

Difahamkan, mereka yang terlibat ialah kroni Shafie Apdal! Apa yang berlaku adalah semasa dibawah pentadbirannya yang kini bersekongkol dengan DAP!

Tidak hairanlah timbul kes melibatkan kementerian yang dipegang beliau sebelum ini sehingga mengheretnya ke mahkamah!

Ramai yang tidak tahu tapi mereka yang berada dalam MARA tahu apa yang berlaku. Mereka tahu perangai Annuar. Bukan senang nak melobi atau bahasa pasarnya 'kenen-kenen' bagi mendapatkan projek dengan Annuar ni. Ibarat kata, kau hanya pandai baiki basikal tapi berangan nak dapat projek baiki kapal terbang... Proposal terbang masuk tong sampahlah jawabnya!

Bukan sikit 'proposal curiga dan pelik' ini tapi banyak! Semuanya dihalang Annuar. Bukan cara Annuar beri projek pada kroni membuta tuli! Gila apa nak main-main dengan Annuar yang dikenali dengan sifat warak dan taat kepada agamanya. Tak pasal-pasal dibalas dengan petikan ayat Al-Quran, sebagaimana yang sering dilakukan dalam ucapan di mana-mana tempat.

"Bagi saya yang penting mesti mempunyai urus tadbir yang baik serta telus dan juga tahap integriti yang tinggi. Sebarang elemen tidak baik yang ada dalam MARA hendaklah dibersihkan dan sebarang salah laku sekecil mana sekalipun jika ia dilakukan, tindakan tegas mesti diambil daripada awal." (Petikan kata Annuar pada bulan Julai 2015)


Justeru itu, masyarakat sekali lagi diingatkan supaya meneliti dahulu setiap berita yang disampaikan oleh orang fasik. Sedia maklum, fitnah hari ini semakin dahsyat dan menjadi-jadi. Kekalkan keimanan dan kepercayaan kita kepada suruhan agama. Fitnah itu buruk padahnya.

No comments:

Post a Comment