Kurang 48jam, tahun 2017 akan melabuhkan tirainya.
Banyak sekali kejayaan yang dilakar negara Malaysia menerusi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ekonomi, pembangunan infrastruktur, pendidikan, diplomasi, sukan dan pelbagai bidang / sektor.
Tidak terkecuali, pengangkutan awam. Satu fokus utama yang diberi penekanan oleh Najib dan kerajaan Malaysia.
Pihak Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan lain-lain pihak terbukti berjaya mengubah wajah Malaysia menjadi bertambah moden dan baik. Inilah agenda utama dalam Program Transformasi Negara (NTP).
Berikut rangkuman kisah dan peristiwa manis buat Malaysia dalam sektor pengangkutan awam :
Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) fasa kedua laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) pada 17 Julai menjadi pencetus perubahan dalam perkhidmatan rel landskap pengangkutan negara.
Laluan SBK yang menyediakan pengangkutan awam yang murah lagi efisien, telah memenuhi peranannya terutama dalam memudahkan akses ke kawasan-kawasan yang sebelumnya tidak dihubungkan sepanjang laluan 51 kilometer merangkumi 31 stesen antara Sungai Buloh dan Kajang.
Ini kerana kawasan-kawasan di barat laut dan tenggara Lembah Klang tidak dihubungkan melalui perkhidmatan rel bandar sejak laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, Sri Petaling dan Ampang sementara laluan sambungannya hanya menghubungkan kawasan lingkungan timur laut dan barat daya Lembah Klang.
Bagi laluan kedua, jajaran Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP), MRT Corporation (MRT Corp) memaklumkan bahawa kemajuan jajaran semasa akan mencapai 19 peratus menjelang akhir tahun ini dan dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan terowong pada suku pertama tahun depan.
Fasa 1 Laluan SSP dijadual siap menjelang Julai 2021 dan kerja-kerja membina penjajaran sepanjang 52.2 kilometer meliputi 37 stesen (11 stesen bawah tanah) dijadual siap sepenuhnya pada tahun berijutnya.
Selain itu, MRT Corp telah mengumumkan keputusan tahun ini untuk menukarkan struktur pelaksanaan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) daripada model rakan pelaksana Projek kepada Model siap guna bagi mempercepatkan projek itu siap.
Ini kerana dalam Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Okt, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa MRT3 atau "Circle Line" akan disiapkan menjelang 2025 -- lebih awal daripada sasaran awal pada 2027.
Model siap guna dijangka boleh menjimatkan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit memandangkan 80 peratus daripada kerja membabitkan kerja-kerja pengorekan dan pembinaan terowong yang menelan belanja yang besar.
MRT Corp juga telah mengeluarkan notis tender pada November dengan menyatakan Laluan 3 dijangka mencapai jarak sejauh 40 km, dengan laluan bawah tanah sepanjang 30 km merangkumi 26 stesen.
Sementara itu, bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), kerajaan tidak menghentikan kerja-kerja penaiktarafan selepas menyiapkan projek sambungan laluan LRT tahun lepas.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah mengumumkan bahawa penjajaran ketiga (LRT3) sedang berjalan yang memanfaatkan dua juta penumpang antara Bandar Utama di Damansara dan Johan Setia di Klang sepanjang 37 km merangkumi 26 stesen menjelang 2020.
Bagaimanapun, kerajaan telah membuat keputusan untuk membatalkan projek Bas Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur-Klang kerana ia bertindih dengan cadangan projek LRT 3.
Sementara itu, bagi pembangunan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), MyHSR Corp Sdn Bhd telah mengumumkan reka bentuk tujuh stesennya bagi jajaran HSR KL-Singapura dan proses Pemeriksaan Awam akan dibuka kepada orang ramai selama tiga bulan bermula 1 Nov tahun ini dan berakhir pada 31 Jan, 2018.
Cadangan muktamad laluan itu dijadual dikemukakan kepada SPAD menjelang suku pertama tahun depan.
Jajaran HSR Kuala Lumpur-Singapura dijangka meliputi 328 km dan akan mempunyai tujuh stesen di Malaysia, iaitu di Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri. Di Singapura, stesen HSR terletak di Jurong East.
Tahun ini juga menyaksikan Malaysia melakar sejarah sebagai negara pertama yang mengawal selia perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar secara sah sebagai perkhidmatan pengangkutan awam apabila rang undang-undang mengenai perkara itu diluluskan di Dewan Rakyat pada 27 Julai.
Projek infrastruktur lain yang dalam perancangan dan sedang dilaksanakan ialah Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Pantai Barat (WCE), Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) dan Lebuhraya Pan Borneo. - Sumber Bernama
Selama tempoh setahun dua ini juga Suara Lensa banyak menyiarkan artikel-artikel berkaitan pengangkutan awam. Bukan sahaja penyebaran fakta tetapi juga tulisan melawan fitnah pihak-pihak yang iri hati pada kejayaan yang dicapai.
Mungkin ada pembaca yang terlepas membaca artikel-artikel ini :
Era Najib - Sinar pengangkutan awam
http://suaralensa.blogspot.my/2016/09/era-najib-sinar-pengangkutan-awam.html
#Bajet2017 : Bukti kerajaan bersungguh soal pengangkutan awam
http://suaralensa.blogspot.my/2016/10/bajet2017-bukti-kerajaan-bersungguh.html
Budaya fitnah semakin ditolak rakyat
http://suaralensa.blogspot.my/2017/01/budaya-fitnah-semakin-ditolak-rakyat.html
Orang ramai semakin minat guna pengangkutan awam. Ini faktanya...
http://suaralensa.blogspot.my/2016/10/orang-ramai-semakin-minat-guna.html
Perlekeh kaji selidik SPAD : Tulisan ini boleh buat MP Kapar (PKR) malu sendiri
http://suaralensa.blogspot.my/2017/12/perlekeh-kaji-selidik-spad-tulisan-ini.html
Pengangkutan awam : Malaysia di landasan betul
http://suaralensa.blogspot.my/2017/07/pengangkutan-awam-malaysia-di-landasan.html
MRT adalah imej masa depan Malaysia
http://suaralensa.blogspot.my/2017/07/mrt-adalah-imej-masa-depan-malaysia.html
MeterON - Dulu untuk teksi, sekarang untuk bas ekspres
http://suaralensa.blogspot.my/2017/11/meteron-dulu-untuk-teksi-sekarang-untuk.html
SPAD : Beli secara 'online' atau guna mesin tiket elak sesak
http://suaralensa.blogspot.my/2015/12/spad-beli-secara-online-atau-guna-mesin.html
Dari Pudu ke TBS - Peranan SPAD beri keselesaan kepada orang ramai.
http://suaralensa.blogspot.my/2015/08/dari-pudu-ke-tbs-peranan-spad-beri.html
Atasi kesesakan trafik : SPAD arah bas jangan 'lepak' di Medan Pasar
http://suaralensa.blogspot.my/2017/12/atasi-kesesakan-trafik-spad-arah-bas.html
Ini info tepat pasal #ECRL. Jangan terkeliru dengan tuduhan Daim
http://suaralensa.blogspot.my/2017/12/ini-info-tepat-pasal-ecrl-jangan.html
Tahniah Malaysia, SPAD, MOT dan semua yang terlibat. Semoga tahun 2018 memberi lebih banyak kejayaan buat rakyat Malaysia khususnya dalam sektor pengangkutan awam.
Kepada pihak yang suka menfitnah, sedarlah bahawa fitnah tidak sesekali boleh menang mengatasi fakta.
No comments:
Post a Comment