AdSense

Tuesday, February 27, 2018

Syarikat Korea untung RM500 bilion setahun mahu gulung tikar di Malaysia?


Siapa SK Group yang berani datang ke Malaysia?


SK Group adalah satu syarikat gergasi dari negara Korea Selatan. Pendapatan tahunan syarikat ini ialah sebanyak RM500 bilion!


Tak hairanlah, syarikat ini tersenarai dalam Fortune 100. Jangan tak tahu, SK Group juga adalah satu-satunya syarikat di dunia yang memiliki teknologi 5G!

Untuk makluman, syarikat ini memilih Malaysia untuk dijadikan tapak perniagaan mereka bagi rantau ASEAN, India dan Asia Barat!

Lebih membanggakan, SK Group melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang berkembang pesat. Malaysia dilihat sebagai negara yang paling tepat untuk dipilih sebagai pintu masuk utama bagi menembusi negara-negara Islam di seluruh dunia!


Berani sungguh SK Group datang ke Malaysia dan melabur di sini. Gila! Tak tahu ke bahawa Malaysia sebuah negara yang gagal dan hendak bankrap?

Nasib baiklah SK Group ini bijak berbanding segelintir rakyat Malaysia yang condong menyokong Pakatan Harapan diketuai DAP membabi buta.

Syukur, Malaysia terus stabil dan diyakini oleh masyarakat antarabangsa.


“Saya juga baru selesai majlis dengan syarikat Perancis, Groupe PSA iaitu pemilik jenama kereta terkemuka dunia, Peugeot yang menandatangani usahasama dengan Kumpulan Naza untuk mengeluarkan kereta di Gurun (Kedah). Saya tanya Naib Presiden Eksekutif syarikat itu kenapa pilih Malaysia berbanding negara-­negara lain. Dia kata kerana dia yakin dengan dasar-dasar kita.

“Kalau kita dengar cakap pembangkang semuanya tentang negara kita amat teruk. (Sedangkan) ekonomi kita baik, dividen naik dan eksport negara naik sebanyak RM83.5 bilion setahun. Semalam saya lancarkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seba­nyak RM6.8 bilion. Kalau kita negara bankrap, jangan mimpi kita boleh beri BR1M.”

Demikian kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, 26 Februari 2018 di Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Jelas terbukti di sini bahawa dakwaan pembangkang yang cuba menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang gagal dan hendak bankrap adalah tidak benar.

Budaya persepsi dan politik perpecahan sedemikian sewajarnya ditolak rakyat jika benar sayangkan tanah air yang sedang membangun ini.

Ingatlah, setiap kejayaan negara yang dipimpin Barisan Nasional hari ini adalah mimpi buruk buat parti pembangkang.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, di negara kita hanya ada dua parti sahaja yang memiliki roh perjuangan - UMNO dan DAP.

Sedia maklum UMNO bersama-sama 14 parti komponen membentuk Barisan Nasional. Manakala DAP adalah bos kepada PKR (serpihan UMNO), PAN (serpihan PAS) dan PPBM (serpihan UMNO).


BN sinonim dengan gelaran #BarisanProRakyat tanpa jemu-jemu membangunkan negara sejak zaman sebelum merdeka lagi.

Manakala kewujudan DAP adalah selepas merdeka, lahir daripada PAP Singapura.

Sejak kebelakangan ini dunia politik dihidangkan dengan berita palsu dan persepsi memburuk-burukkan kerajaan pemerintah Barisan Nasional.



Politik kebencian ini diyakini diajar oleh DAP yang terkenal dengan politik perkauman. Seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2013 bahawa DAP adalah parti yang berasaskan kepada perkauman manakala ketuanya Lim Kit Siang adalah seorang rasis.

Bayangkan negara Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Apakah negara kita akan berubah wajah kepada sebuah negara rasis? Negara yang dibangunkan dalam keadaan perpecahan dan kebencian?

Jika itu yang berlaku, jangan haraplah negara-negara atau syarikat-syarikat luar negara untuk datang melabur di sini seperti yang berlaku pada hari ini dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

#TerimaFaktaTolakFitnah

SUARA LENSA
27 Feb 2018

2 comments:

  1. bukti hidop apa yg dap buat keatas Melayu di penang?? stall Melayu senang di robohkan..rumah mampu lihat yg di bina di penang!!! azan udah tidak kedengaran...rumah urut,judi berlambak2...

    ReplyDelete