AdSense

Wednesday, February 28, 2018

Tamat Ops jalanraya sempena Tahun Baru Cina. 4459 kenderaan diperiksa, 309 kesalahan direkod.


Pada 22 Februari lalu Suara Lensa ada menyiarkan tulisan semasa mengenai operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.

Pada ketika itu, sebanyak 3443 kenderaan diperiksa dan 238 kesalahan dicatitkan.


http://suaralensa.blogspot.com/2018/02/ops-sempena-tahun-baru-cina-3443.html

Semalam SPAD sekali lagi menyiarkan laporan ringkas mengenai operasi tersebut yang berakhir pada 25 Februari 2018.

"Sepanjang operasi dijalankan, jumlah keseluruhan kesalahan yang telah dicatitkan ialah 309 kesalahan daripada 4459 buah kenderaan yang diperiksa."

Tiga kesalahan utama yang didapati ialah ;
  1. Kegagalan mengutamakan keselamatan terhadap penumpang & pengguna jalan raya yang lain seperti membawa muatan secara bahaya.
  2. Tidak mempunyai kad pemandu untuk mod teksi.
  3. Kegagalan mengemukakan permit kenderaan untuk mod bas.

"Terima kasih kepada semua agensi - agensi yang terlibat dalam operasi pada tahun ini serta kepada semua pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang jalanraya.

"Soal keselamatan haruslah sentiasa diutamakan oleh semua. Untuk sebarang aduan mengenai pengangkutan awam darat, orang ramai boleh menghubungi SPAD 1800-88-7723 atau e-mel aduan@spad.gov.my."














No comments:

Post a Comment