AdSense

Wednesday, February 28, 2018

Bezanya cara pentadbiran Najib dengan Mahathir


Sebut saja nama Mahathir, kita berasa bangga. Seorang pemimpin yang hebat pada zaman pemerintahannya. Lihat saja KLCC betapa gahnya dia berdiri di sana.


Tapi siapa yang menguasai KLCC? Rakyat berpendapat rendah atau golongan elit? Kita masyarakat sedeharna ini setakat jalan-jalan saja dalam tu. Dapat selfie sekeping dua kemudian pulang.

Beza dengan cara Perdana Menteri Malaysia hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau tidak hanya menfokuskan kepada golongan elit atau puak kaya raya. Sebaliknya menfokuskan kepada rakyat di bawah.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang memiliki pengalaman berada dalam kabinet Mahathir, cara Najib jauh lebih baik.

Najib memberi sentuhan secara terus kepada rakyat. Contohnya, beliau merasionalkan subsidi daripada subsidi am kepada bersasar. Kerajaan Malaysia dibawah pentadbiran Najib hari ini lebih mensasarkan golongan bawahan. Ia sesuai sekali dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sementara Mahathir hanya pandang kepada benda-benda besar. Sebab itu apa yang kita dapat lihat adalah kelahiran jutawan-jutawan kroni yang memonopoli ekonomi. Kata mudah, ORANG MISKIN TERUS MISKIN, ORANG KAYA TERUS KAYA.

Tonton Diskusi UMNO Online : Anda Tanya Kita Jawab anjuran Penerangan UMNO di sini :
https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/2337913522901049/

Cara Najib memerintah ini pastinya tidak disenangi kroni kaya raya zaman Mahathir. Begitu juga dengan si kaya yang suka lari daripada membayar cukai, lantas GST diperkenalkan menggantikan SST yang banyak kelemahan.

GST pula dijadikan modal serangan kononnya ia membebankan rakyat. Walhal ia adalah sistem percukaian yang lebih baik berbanding SST.

Maka itu karektor Najib cuba dibunuh apabila dilabel sebagai 'pencuri'. Kononnya Najib kutip GST untuk kepentingan peribadi. Sedangkan negara mengutip cukai bukan setahun dua ini! Sudah lama negara kutip cukai daripada rakyat. Cukai ini kemudiannya disalurkan semula untuk tujuan pembangunan, pendidikan, perubatan, keselamatan dan banyak lagi.

Strategi pembangkang tidak pernah berputus asa membunuh karektor Najib sebagai pencuri. Dicanang ke serata negara dan dunia bahawa Najib pemimpin yang gagal.

Hakikat menyedari, hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar semakin kukuh dan mantap. Amerika Syarikat, China, Arab Saudi, Jepun, India antara negara besar yang akrab dengan Malaysia. Pembangkang gagal mengadu domba diperingkat antarabangsa.

Tinggal lagi strategi dalam negara.

Tidak dinafikan, ada segelintir masyarakat yang terpedaya dengan tohmahan pembangkang terhadap Barisan Nasional. Namun mereka sebenarnya adalah pentaksub pembangkang sejak dahulu. Ada juga dalam kalangan mereka menyokong pembangkang disebabkan penyakit keturunan. Datuk nenek sokong pembangkang dan ia tidak berubah kerana takut dibuang keluarga.

Habis. Selesai bab pembunuhan karektor Najib sebagai Perdana Menteri. Pembangkang gagal.

Tapi mereka tidak berputus asa. Tambahan pula kita sekarang berada dalam zaman fitnah.

Perhatikan cara politik mereka. Bukan dalam tempoh sehari dua tetapi berdekad lalu.

Kalau pembaca sudah lupa, biar penulis ingatkan.

Altantuya, cincin 24juta, 40 ribu pengundi hantu dari Bangladesh dan Blackout adalah antara tajuk besar yang dimainkan secara hebat oleh parti pembangkang.

Seperti yang sedia maklum, kewujudan Red Bean Army ketika itu berjaya memainkan peranan mereka dengan baik.

Sebelum PRU13 lagi mereka sudah turun ke jalanraya. Seolah-olah cuba meniru Arab Spring dalam misi menggulingkan kerajaan.

Lepas pilihanraya, lagi banyak demonstrasi dianjurkan oleh pemimpin mereka yang berselindung disebalik nama NGO.

Bersih, mansuh PTPTN, Lynas, Blackout antara himpunan yang dibangga-banggakan.


Apa yang berlaku selepas itu? 

Pemilihan parti DAP dikatakan tidak telus oleh ahli sendiri. Pemilihan Majlis Peguam yang dikepalai individu condong pembangkang juga dikatakan tidak telus.

Adam Adli antara pemimpin yang mengetuai demonstrasi mansuh PTPTN sebenar pelajar gagal di kampusnya. Mahasiswa cemerlang tak perlu bayar pimjaman PTPTN pun.

Projek Lynas berjaya memanfaatkan ekonomi penduduk setempat. Tidak ada yang memudaratkan pun. Radiasinya pula adalah rendah bukan seperti yang dimomokkan pembangkang.

Blackout dipersoalkan. Tidak wujud pun kejadian blackout semasa proses pengiraan undi. Sedia maklum semasa proses pengiraan undi setiap wakil parti politik juga ada di tempat berkenaan.

Jika pembaca masih ingat, semasa PRU12 dulu pembangkang melabel pemimpin BN sebagai perasuah. Ibarat kata, nampak saja pemimpin BN maka ingat rasuah.

Kenapa mereka tidak menggunakan strategi sama?

Mungkinkah kerana isu rasuah sebenarnya dekat dengan pemimpin mereka sendiri?

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP terpalit dengan pelbagai skandal seperti pembelian banglo dibawah harga pasaran, Taman Manggis, Kilang haram di Sg Lembu, projek mewah lereng bukit dan terbaharu terowong dasar laut RM6.34 bilion!


Di Selangor, banglo disneyland milik AMK Ampang yang kaya luar biasa pada usia muda menjadi tanda tanya, begitu juga dengan isu pasir haram membabitkan anak saudara kepada Menteri Besar Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR! Belum cerita isu di Ijok lagi membabitkan tanah peneroka di sana!


Diharapkan pembaca dan pengundi sekalian dapat membuka mata dan minda. Dengan sejarah dan realiti, kita patut sedar bahawa Barisan Nasionallah satu-satunya pemerintah yang relevan untuk mentadbir negara berbanding pakatan pembangkang.

#TerimaFaktaTolakFitnah

SUARA LENSA
28 Feb 2018

No comments:

Post a Comment