AdSense

Wednesday, February 28, 2018

ECRL : Kerajaan negeri Selangor Pakatan sabotaj sebab malu kejayaan BN?

Cita-cita kerajaan Malaysia untuk merealisasikan kehendak rakyat dalam soal rangkaian pengangkutan awam yang baik mungkin gagal dek kerana kesialan pemimpin pembangkang.

Misalnya pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), sehingga kini hanya negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat saja yang belum memberi kelulusan.

Kelulusan yang dimaksudkan ialah permohonan bagi mendapatkan tanah. Sungguh celaka sekali bila kepentingan rakyat hendak dipolitikkan!


Memetik kenyataan Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Noor Azlan Salleh, kerajaan negeri Selangor masih belum memberi kelulusan walaupun sudah dipohon!

Untuk makluman, tanah di Selangor perlu mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor iaitu kelulusan dasar kerajaan negeri sebelum sebarang projek pembinaan dilaksanakan.


“Kelulusan inilah yang kita masih tunggu dan pada masa ini belum ada apa-apa lagi. Pihak kita juga telah berhubung banyak kali termasuk di peringkat tertinggi dan kami masih berusaha supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin,” kata Noor Azlan dalam nada kecewa.

Tahukah pembaca bahawa pembinaan ECRL ini adalah sepanjang 688 kilometer dan akan menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur?

MRL yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan adalah pemilik projek dan pemilik aset ECRL manakala China Communications Contruction Company (CCCC), syarikat milik kerajaan China bertanggungjawab sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan.

Fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik melalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 kilometer (km) dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.


Di bawah pembinaan fasa pertama, jajaran tersebut akan menghubungkan kesemua pusat bandar utama di Pantai Timur dan mempunyai 12 stesen penumpang, tiga stesen kargo, tujuh stesen penumpang dan kargo.

Pembangunan fasa kedua pula melibatkan sambungan fasa pertama di Kelantan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor dan Selangor dari Gombak-Serendah-Jalan Kastam (Pelabuhan Klang) dengan jajaran utama sepanjang 102.3 km dan jajaran sisihan sepanjang 4.5 km dengan dua stesen penumpang dan dua stesen penumpang dan kargo.

Sementara pembinaan fasa kedua ECRL pula, Selangor mempunyai laluan paling panjang iaitu 80 km dari Gombak ke Pelabuhan Klang berbanding 19 km dalam fasa pertama.


Fasa kedua ECRL ketika ini masih dalam proses paparan awam yang akan selesai pada 6 Mac ini yang merupakan syarat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mendapat kelulusan bagi skim kereta api fasa kedua.

“Apabila selesai paparan awam ini, kita akan kemukakan laporan kepada SPAD dan sekiranya ada bantahan, SPAD akan membuat keputusan sama ada laluan itu dikekalkan atau perlu diubah. Buat masa ini, laluan ini adalah berdasarkan kepada keputusan laluan kereta api untuk ECRL sebagaimana diluluskan SPAD bagi fasa pertama,” kata Noor Azlan seperti dilaporkan Utusan Malaysia bertarikh 27 Februari 2018.


Tambahnya, pembangunan projek ECRL perlu diteruskan supaya proses pengambilalihan tanah terutama yang melibatkan tanah hak milik persendirian tidak menjejaskan keseluruhan kemajuan projek bernilai RM55 bilion tersebut.

Memandangkan Selangor masih belum memberi kelulusan tanah, pembangunan projek ECRL yang bermula sejak November 2017 terpaksa menumpukan kepada tanah-tanah milik kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang sudah mendapat kelulusan.

Masih hendak bermain politik? Rakyat pasti dapat menilainya.


Fitnah pembangkang sebelum ini :
http://suaralensa.blogspot.my/2017/08/betul-ke-projek-ecrl-gadai-negara.html

No comments:

Post a Comment