AdSense

Thursday, February 22, 2018

Ops sempena Tahun Baru Cina : 3443 kenderaan telah diperiksa setakat 21 Februari 2018


Semalam Suara Lensa ada menyiarkan artikel mengenai operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya sempena musim perayaan Tahun Baru Cina.

http://suaralensa.blogspot.my/2018/02/cuti-tahun-baru-cina-pengguna-jalanraya.html

Hari yang sama, SPAD ada mengeluarkan kenyataan medianya berhubung operasi yang dijalankan.


Menurut kenyataan tersebut, SPAD memberitahu sehingga kini, jumlah keseluruhan kesalahan yang telah dicatitkan ialah 238 kesalahan daripada 3443 buah kenderaan yang diperiksa.


Tiga kesalahan utama yang didapati ialah;
  • (1) Tidak mempunyai kad pemandu untuk mod teksi.
  • (2) Kegagalan mengemukakan permit kenderaan untuk mod bas.
  • (3) Kegagalan mengutamakan keselamatan terhadap penumpang & pengguna jalan raya yang lain seperti membawa muatan secara bahaya, tidak tutup muatan, membawa muatan melebihi paras sisi badan kenderaan untuk kenderaan berat.

Tahniah buat semua pasukan yang terlibat dalam operasi bersepadu ini. Semoga usaha ini dapat menyedarkan masyarakat khususnya pengguna jalanraya bahawa soal keselamatan tidak boleh diabaikan.

Untuk sebarang aduan mengenai pengangkutan awam darat, orang ramai boleh menghubungi SPAD 1800-88-7723 atau e-mel aduan@spad.gov.my


No comments:

Post a Comment