AdSense

Wednesday, February 21, 2018

Cacing kepanasan - Ketua DAPSY Perak balun UMNO dan PAS


UMNO dan PAS adalah dua parti terbesar orang Melayu. Kedua-dua parti ini dipimpin oleh penganut agama Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Kedua-dua parti ini jugalah yang menjadi mangsa serangan oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Semalam, 20 Februari 2018, Ketua DAPSY Perak yang juga ADUN Pasir Pinji Howard Lee Chuan How menabur persepsi tidak tepat terhadap UMNO dan PAS. Tulisannya disiar semula dalam website DAP Malaysia bertarikh hari ini 21 Februari 2018.


Secara umumnya, Howard Lee menuduh pemimpin UMNO dan PAS sebagai pengamal politik kotor.

Pada asalnya DAP hangin satu badan bila akhbar Harakah menyiarkan tulisan Herman Samsudeen yang ada memetik kenyataan Razali Abdul Rahman yang mengatakan DAP dilatih oleh ejen Israel.


Sebenarnya dari dulu DAP cukup takut dengan Razali ni... DAP sedar siapa Razali yang memiliki maklumat cukup banyak mengenai DAP. Iyalah, Razali adalah bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP dan bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng! Banyak rahsia DAP ada dalam poket Razali.

Bila PAS siar kenyataan Razali, Howard Lee cuba mengaitkan beliau dengan UMNO pula. Sehinggakan kehadiran Razali dalam forum bersama Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa juga dijadikan modal Howard Lee untuk menutup keburukan DAP.


Nampak benar program diskusi Anda Tanya Kita jawab anjuran Penerangan UMNO Malaysia itu memberi impak berkesan dan berjaya membuatkan pemimpin DAP kecut perut.

Penulis hendak bertanya apa pandangan Howard Lee terhadap kenyataan Mahathir yang pernah melabel DAP sebagai parti berasaskan perkauman? Mahathir juga pernah kata Lim Kit Siang sebagai seorang rasis. Apa komen Howard Lee?

Berbalik semula kepada tuduhan UMNO yang kononnya menipu. Bukankah DAP dan pakatan pembangkanglah yang mengamalkan politik tipudaya? Howard Lee mungkin boleh buat-buat lupa.

Tapi rakyat Malaysia tidak pernah lupa tentang fitnah cincin 24 juta, 40,000 pengundi Bangladesh dan Blackout. Mana mungkin sejarah ini dipadam begitu saja.

Aktivis PSM Khalid Ismeth yang terkenal dengan himpunan jalanraya juga telah sedar daripada diperkudakan pemimpin Bersih yang condong kepada DAP. Segala fitnah sebaran pemimpin pembangkang khususnya DAP semasa PRU13 kembali diingati. Apakah Howard Lee ingin menafikannya?

Ingatkan parti DAP ini sebuah parti yang suci. Tapi sebenarnya jauh lebih jijik. Belum sentuh soal pemilihan CEC DAP yang penuh tanda tanya. Hinggakan ahli sendiri seperti David Dass (Seremban) secara terbuka menyifatkan DAP parti penipu apabila memanipulasi peti undi.

Ya DAP bukanlah parti yang baik dan sesuai untuk dipilih pada PRU14 nanti. Jika tidak bagaimana boleh timbulnya pelbagai skandal rasuah dan salahguna kuasa membabitkan pemimpin DAP itu sendiri. Banglo di bawah harga pasaran, Taman Manggis, kilang di Sungai Lembu, projek mewah lereng bukit dan skandal RM6.34 bilion terowong dasar laut?


Jadi bagi penulis, sebelum Howard Lee memberi komen terhadap parti lawan, eloklah perbetulkan parti DAP sendiri terlebih dahulu.

#BarisanProRakyat #TolakPakatan #PRU14 #PakatanProDAP

No comments:

Post a Comment