AdSense

Tuesday, February 20, 2018

Dengar apa kata mereka tentang kepimpinan Annuar Musa di Ketereh


Bila sudah bergelar pemimpin, sudah tentu kena tahu menjaga atau sentiasa mendekati masyarakat.

Segala permasalahan rakyat harus ditangani sehingga selesai. Bukannya hanya muncul ketika menjelangnya pilihanraya sahaja.

Bukan seperti Big Bos DAP Lim Kit Siang yang sering hilang dari kawasannya Gelang Patah. Sehingga timbul isu beliau hendak tukar kawasan bertanding.


Inilah jenis pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Selalu sangat lari daripada satu kawasan ke kawasan yang lain. Bila dapat kuasa di satu-satu tempat, beliau akan tinggalkan najis di sana sebelum berpindah ke kawasan lain untuk meninggalkan najis lain pula.

Bukannya hendak membela dan membangunkan kawasan yang diberikan mandat oleh pengundi.

Sama juga dengan anak diktator, Mukhriz Mahathir. Setiap hujung minggu saja mesti lari ke Kuala Lumpur. Iyalah, ada kediaman super mewah di KL barangkali sehingga sanggup mengabaikan orang-orang kampung di Kedah.

Sikap pemimpin DAP, PPBM dan PKR ini jauh berbeza dengan pemimpin UMNO / Barisan Nasional seperti Tan Sri Annuar Musa.

Lihatlah komen-komen penduduk kampung yang begitu menghargai dan bersyukur dengan khidmat yang diberikan Annuar sebagai seorang Ahli Parlimen Ketereh yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia ini.

Untuk makluman, video ini bukanlah lakonan semata-mata bagi meraih undi menjelang PRU14. Kata orang, buat apa nak raih undi sedangkan kawasan ini adalah kubu kuat UMNO/BN. Majoriti penduduk di sini totok penyokong UMNO. Orang yang komen pula sudah tua-tua. Apa pembaca fikir orang tua ada masa untuk menipu hal duniawi?

Sedia maklum, khususnya masyarakat Ketereh tahu bahawa Annuar adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat. Sama seperti bosnya, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lanchang ini misalnya, biarpun satu perkampungan kecil namun ia tidak tertinggal daripada arus pembangunan.

Benar ramai warga emas di sini namun tidak bermakna keperluan generasi muda dipinggirkan. Sebab itu masyarakat di sini cukup berbangga dan menghargai kepimpinan Annuar yang sentiasa cakna pada kehendak pelbagai lapisan masyarakat.

KECIL-KECIL CILI API, PDM LANCHANG #OPT #KORIDORILMU #RAKYATBERSATU #KETEREHMAJU #BARISANPRORAKYAT

Pautan video asal :
https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/1728147860580272/

No comments:

Post a Comment