AdSense

Monday, February 19, 2018

Cubaan melaga-lagakan UMNO-MCA gagal


Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong cuba melaga-lagakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) iaitu antara UMNO dengan MCA.

Macam biasa, pemimpin pembangkang cukup gemar memanipulasikan sesuatu berita.


Dalam isu Chin Tong, beliau menjadikan akhbar China Press sebagai bahan untuk menyerang Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong.

Untuk makluman pembaca, Chin Tong 'menceduk' petikan temubual Ka Siong bersama beberapa akhbar Cina (termasuk China Press) sebelum sambutan Tahun Baharu Cina beberapa hari lepas. Chin Tong merujuk dan memetik nama China Press kerana barangkali ia 'kena pada citarasanya'.

Sebenarnya Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak ada mengatakan bahawa UMNO akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Gila apa seorang menteri dan ada jawatan dalam parti akan berkata macam tu? Bukan macam Kit Siang yang tidak tetap pendirian dan berprinsip memeluk Mahathir sekelip mata setelah berpuluh tahun bermusuhan.

Sah-sah nampak kenyataannya dimanipulasi. Tulis separuh sekaligus memberi tanggapan yang tidak tepat secara keseluruhannya.

“Ia soalan berbentuk andaian. Saya ditanya apa akan jadi jika Tun Dr Mahathir (Mohamad) tidak menang cukup kerusi. Saya kata semua kemungkinan boleh berlaku. Politik adalah seni segala kemungkinan. Tetapi saya tidak kata Umno akan kalah,” tegas Ka Siong.

Sehubungan itu Ka Siong segera meminta akhbar tersebut menyemak semula rakaman temubual pada hari berkenaan dan membuat penjelasan.

Hasil semakan Suara Lensa, kedua-dua (China Press dan Malaysiakini) sudahpun menyiarkan penafian Ka Siong. Eloklah. Mereka mungkin sedar kesilapan mereka. Takut juga kena saman agaknya. Macam Malaysiakini, pasti sudah serik kena saman sampai terpaksa menagih simpati orang ramai menerusi tabung derma.



Mesej asal Wee Ka Siong dalam bahasa Inggeris :

Regretfully yet unsurprisingly, my interviews in China Press have been taken out of context and reworded to suit certain quarters' purposes. 

I deny in toto the false allegation made by YB Liew Chin Tong that I conceded in any way that UMNO could lose GE14. 

In order to understand my statement, I urge both China Press and Malaysiakini to reproduce my interviews in full, including all hypothetical questions the reporters posed to me.

They asked about the possible political scenario if PPBM doesn’t not win sufficient seats & what if DAP finishes MCA off in the GE14.

I must reiterate that I have never said that “UMNO could lose in GE14".

Terdahulu, Chin Tong balun Ka Siong dengan mengatakannya sebagai terperangkap dalam “kotak politik Cina”.

Petikan artikel dalam Malaysiakini :

Menurut Liew, Wee dalam wawancara dengan China Press berkata BERSATU mungkin bekerjasama dengan “pembangkang terkuat” Umno jika tidak cukup kerusi dalam kerajaan baru HARAPAN.

Menurut Liew juga, laporan itu menyebut jika MCA tewas dan Umno kekal berkuasa, DAP mungkin bekerjasama dengan Umno dan menggantikan tempat MCA sebagai sekutu utamanya.

Wee juga dikatakan menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai referendum masyarakat Cina terhadap Mahathir untuk menyampaikan mesej “orang Cina tidak percaya beliau”, walaupun tempoh pentadbirannya dihadkan.

Sementara itu, dalam kenyataannya selepas itu, Wee berkata mendakwa wawancaranya dengan China Press diulas kembali tanpa konteks demi kepentingan sesetengah pihak.

Sekali lagi menafikan berkata Umno akan kalah PRU, beliau mendesak China Press dan Malaysiakini menyiarkan kembali wawancara itu secara penuh, termasuk soalan-soalan berbentuk andaian yang diajukan padanya.

Sedia maklum, dewasa ini Ka Siong begitu kerap dan lantang mengkritik bos DAP, Lim Guan Eng dalam skandal terowong dasar laut Pulau Pinang.

Nampak gayanya pihak editorial akhbar Cina perlu meneliti semula kakitangan mereka. Penulis yakin pihak pengurusan tahu siapa tali barut DAP dalam organisasi mereka. Perlukah disimpan tali barut ini atau mahu tunggu syarikat disaman baharu nak ambil tindakan? Mahu jadi macam Malaysiakini yang terpaksa merayu derma orang ramai selepas kalah kes mahkamah?

Mujur Ka Siong hanya minta siar kenyataan penafian...

No comments:

Post a Comment