Wednesday, January 17, 2018

Terkini pasal RTS : Malaysia-Singapura tandatangani perjanjian


"RTS mampu menampung pergerakan kira-kira 10,000 pengguna setiap jam antara kedua-dua negara. Projek ini dijangka bermula pada Tahun 2019 dan mula beroperasi pada Tahun 2024 dan akan mampu mengurangkan kesesakan di kawasan sempadan sehingga 15%."

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah.


16 Januari 2018, satu tarikh bersejarah apabila kerajaan Malaysia-Singapura menandatangani perjanjian berkaitan Sistem Rapid Transit (RTS) menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru dan Woodlands Utara di Singapura.


Perjanjian ini telah disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Istana Presiden, Singapura.

Siaran langsung sidang media bersama kedua-dua pemimpin Malaysia-Singapura boleh tonton di sini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155062697545952&id=157851205951


Menurut Najib, kedua-dua negara begitu komited menjalin usahasama segala perkara yang memberi manfaat khususnya rakyat. Kesesakan trafik yang menghubung Malaysia-Singapura sering menjadi tajuk perbincangan utama demi keselesaan, kesejahteraan dan pembangunan ekonomi kedua-dua negara.

Baca selanjutnya : https://www.najibrazak.com/bm/blog/8th-malaysia-singapore-leaders-retreat/

Sebelum ini, pada 15 November 2017, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenaan menerima mengadap pengurusan kanan SPAD di pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Dalam pertemuan itu, CEO SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah mengemukakan tiga pilihan kajian berhubung projek tersebut. Dalam masa sama Mohd Azharuddin juga berkata RTS berupaya menyelesaikan kesesakan di Tambak Johor dan menjadi alternatif untuk 80,000 hingga 100,000 pengguna.

Baca selanjutnya : http://suaralensa.blogspot.my/2017/11/rts-sultan-johor-terima-mengadap-ceo.html

Lihatlah, inilah hubungan diplomasi kedua-dua negara yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang kurang ditambahbaik, setiap permasalahan ditangani sehingga ianya dapat diselesaikan.




Lepas ni makin rancaklah pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara. Belum lagi kita buka cerita projek keretapi laju Malaysia-Singapura (HSR) sepanjang 350km yang juga akan mengurangkan masa perjalanan kepada 90 minit antara kedua-dua bandar raya, dengan kelajuan lebih 300km/jam.

http://suaralensa.blogspot.my/2016/07/hsr-masa-depan-lebih-menarik-buat.html

No comments:

Post a Comment