AdSense

Wednesday, January 17, 2018

Meneliti cara pembangkang rampas Putrajaya


Belajar daripada pengalaman lepas.

Penulis mengikuti perkembangan politik tanahair bermula 2008. Namun pada 2013 iaitu semasa PRU13, penulis mengikutinya secara lebih dekat.

Setiap ceramah kedua-dua belah pihak (BN dan Pakatan Rakyat), penulis akan hadir. Perhimpunan jalanan juga penulis tidak ketinggalan.


Bagaimana peserta kena pemedih mata, begitu jugalah dengan penulis. Kerana penulis akan berada dalam kalangan peserta, bukan di belakang polis.

Tidak dinafikan, ceramah yang dihadiri Anwar Ibrahim lebih menarik berbanding lain-lain pemimpin. Ucapannya sangat bertenaga dan memiliki aura tersendiri. Itulah Anwar, hebat dalam berucap, membuatkan ramai terpaku.

Pada kempen PRU13, penulis melihat Anwar banyak mempromosikan dirinya yang 'terkenal' atau rapat dengan pemimpin dunia.

Jika berucap depan orang Melayu, beliau akan memetik nama Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi. Tambahan pula ketika itu PAS banyak berkempen untuk Anwar. Sehinggakan bekas mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat mengumumkan surat terbuka tokoh yang juga Ketua Ijtihad Ulama Dunia itu.



Antara lain menyebut, Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri. Tajuk ini menjadi headline di dada akhbar pro pembangkang termasuk portal atas talian.

Menunjukkan bahawa 'tokoh Islam pun suka Anwar' sekaligus mengumpan pengundi Islam dan Melayu.

Namun yang demikian, tidak pula dinyatakan secara jelas kepimpinan Islam yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak teruk atau wajib digulingkan. Barangkali maksud Yusuf ialah, Anwar juga layak untuk menjadi PM atau ketua kepada pembangkang. Mana mungkin Yusuf bersetuju jika Lim Kit Siang mengetuainya (walaupun itulah hakikatnya apabila DAP lebih banyak kerusi menang berbanding lain-lain parti dalam PR).

Lagipun, memang itu pun jawatan Anwar - Ketua Pembangkang sebelum diberikan kepada isterinya Wan Azizah. Namun kini dirampas pula oleh seteru politiknya, Mahatahir Mohamad apabila diangkat menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan calon PM.

Sementara ketika berucap depan orang India, cucu Mahatma Gandhi dijadikan modal Anwar.


Cucu dia saja pun. Dia ada berapa ramai cucu lagi? Sama macam anak Mahathir. Ada yang straight, ada juga yang 'bengkok'. Sebaliknya Anwar banyak kali menyebut nama si datuk iaitu Mahatma Gandhi. Seorang aktivis rakyat yang berjaya mencetuskan pembaharuan.

Walhal tokoh itu berada pada landasan betul di tempat yang betul. Berbeza dengan Anwar dan sekutu yang dilabel pemberontak, pemimpin kecewa dan berjuang untuk kepentingan peribadi.

Bukannya memperjuangkan nasib rakyat secara keseluruhannya.

Jika tidak, bagaimana pemimpin muda PKR beroleh kekayaan luarbiasa sejurus Ketuanya memenangi kerusi di kawasan Ampang? Bagaimana boleh timbul isu dikatakan rasuah membabitkan anak saudara kepada Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kes lombong pasir haram? Bagaimana pihak SPRM berjaya membekukan beberapa lori dan akaun bank berjumlah RM4 juta turut dirampas dalam kes tersebut?

Demikian antara cara pihak pembangkang berkempen pada PRU13. Apakah modal mereka untuk PRU14 tidak lama lagi?

Bagaimana mereka mahu menawan pengundi Cina selepas MCA-Gerakan sudah bergabung dan bekerjasama untuk memenangi PRU14? Tambahan pula DAP kini terpalit dengan pelbagai skandal seperti banglo bosnya bawah harga pasaran, Taman Manggis, kilang haram yang mencemar alam sekitar serta meragut nyawa di Sungai Lembu, projek mewah dilereng bukit dan terkini yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai projek Terowong Dasar Laut bernilai lebih RM6 bilion! Bagaimana syarikat yang mahir bidang fesyen boleh ada dalam projek pembinaan?


Ia mimpi buruk dan malapetaka buat parti-parti dalam Pakatan Harapan. 'Ini kalilah' dan 'ubah' akan melanda di negeri-negeri yang dikuasai mereka - Pulau Pinang, Selangor, Kelantan.

Apa lagi modal mereka tatkala Pengerusi BN Najib mengukuhkan hubungan diplomasi dengan banyak negara luar? AS, China, Arab Saudi dan banyak lagi. Ia merangkumi negara kuasa besar ekonomi dan Islam!


Sebab itu semua pihak dalam parti BN perlu menyebarluas fakta dan kejayaan negara dibawah pentadbiran Najib dan BN.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, kisah kejayaan ini tidak boleh ditenggelamkan dengan berita persepsi serta fitnah yang diamalkan pembangkang. Perlu sedar, pembangkang tiada modal untuk menyerang Najib dan BN. Sebab itu mereka sekadar bermain persepsi dan kitar semula isu bertujuan melalaikan orang-orang BN serta masyarakat.

Jangan ikut rentak pembangkang!

Sebarkan, rizab negara jauh lebih baik sejak Najib menjadi PM. Ekonomi bertambah baik. Pembangunan dijayakan secara holistik. Lihat bagaimana sistem pengangkutan awam negara dibangunkan misalnya. MRT, ECRL, HSR dan e-hailing dan semuanya untuk rakyat. Ekonomi negara pasti terus baik dan stabil.

Kebajikan rakyat terus terbela dan diambil berat. Lihat bagaimana BR1M berjaya memberi manfaat kepada lebih 7 juta penerima. Sejak dilaksanakan 2012, sebanyak RM34.9 bilion diperuntukkan. Angka sama wang rakyat hilang dalam kes Forex (30bilion) semasa pemerintahan Mahathir.

Prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan terus diamalkan. Sikap 'mendengar' dan 'menyelesaikan' permasalahan rakyat bukan lagi satu kisah dongeng. Janji sentiasa ditepati.

Malaysia dibawah pentadbiran Najib ialah dari bawah ke atas, bukan dari atas ke bawah. Ini direalisasikan dengan kewujudan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Tiada lagi amalan diktator seperti pemerintahan 22 tahun Mahathir yang suka mengarah-arah orang bawahan dan mengikut telunjuk kuku besi - MahaFiraun kata Presiden PAN, Mat Sabu.


Rujukan :

http://www.keadilandaily.com/yusuf-al-qaradawi-anwar-ibrahim-paling-layak-jadi-pm/

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/12/06/anak-saudara-azmin/

http://suaralensa.blogspot.my/2018/01/strongtogether-mca-gerakan-merunsingkan.html

https://www.youtube.com/watch?v=NncR0dZpZA0

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/07/ada-pihak-cuba-tenggelamkan-kejayaan-najib-kata-annuar-musa/

https://www.nst.com.my/news/politics/2017/10/295380/im-mahathir-man-i-choose-support-najib-says-annuar-musa

http://suaralensa.blogspot.my/2018/01/negara-ditadbir-najib-umno-bn-jauh.html

http://suaralensa.blogspot.my/2017/08/pinda-akta-keadilan-dan-kebaikan-semua.html

No comments:

Post a Comment