Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) merasakan mereka membuat pilihan tepat apabila mengangkat bekas Perdana Menteri selama 22 tahun iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihanraya akan datang (PRU14).
Kurang 24 jam, keputusan pimpinan tertinggi PH dikecam pemimpin bawahan mereka sendiri. Ketua Wanita Keadilan Zuraida menyifatkan ia sebagai sesuatu yang kejam. Baginya, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lebih layak menjawat jawatan itu. Lagipun, Azmin jauh lebih muda berbanding Mahathir yang kini berusia hampir satu abad!
Begitu juga dengan ketidakpuasanhati diperingkat akar umbi. Hinggakan berlaku protes oleh Geng Reformis 98 yang mahukan bos mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan PM. Manakala di Johor pula, anggota parti Pakatan iaitu PAN bertindak memboikot konvensyen PH.
Begitulah PH. Hendak memilih ketua pun mereka gagal. Jelas parti mereka sendiri tiada istilah toleransi dan bersatu padu.
Sebenarnya, apa yang dihadangkan oleh pimpinan tertinggi PH ini?
Berpuluh tahun memaki hamun Mahathir, mendesaknya letak jawatan dan mengadakan demonstrasi jalanraya besar-besaran di ibukota suatu masa dahulu. Malah bos DAP Lim Kit Siang pernah menulis buku bertajuk 'The BMF Scandal' dan berucap di dalam Parlimen berkaitan isu Forex yang menyebabkan wang negara lesap RM32bilion (RM100 bilion nilai sekarang) sekitar tahun 1990an.
Begitu juga dengan pendedahan Anwar mengenai kekayaan anak, family dan kroni Mahathir. Sementara Mahathir pada 2013 secara lantang melabel Kit Siang sebagai seorang yang rasis dan gemar bermain dengan sentimen perkauman.
Sekali lagi, apa yang sebenarnya dihidangkan pemimpin tertinggi PH kepada masyarakat hari ini?
Setelah puas bergaduh dan memperbodohkan rakyat, PH mengumumkan pembahagian kerusi untuk kesemua parti anggota. Nampak gayanya, PH tidak puas untuk memperbodohkan rakyat.
PPBM - 52
PKR - 51
DAP - 35
Amanah - 27
Wah! nampak PPBM menduduki 'takhta'. DAP nampak kecil. PAN jelas terpinggir biarpun lebih senior berbanding PPBM dalam PH.
Hakikat menyedari bahawa rakyat bukanlah bodoh. Jumlah pembahagian kerusi tidak sama dengan kerusi menang. Nampak saja banyak, tapi kerusi yang mereka tanding itu kerusi comfirm kalah. Manakala DAP nampak sikit tapi kerusi mereka itu adalah kubu kuat sendiri.
“DAP sekurang-kurangnya boleh tanding dan menang lapan kerusi di Sabah manakala di Sarawak pula 11 kerusi sudah jadi 19 kerusi, dicampur pula dengan kerusi boleh menang di Semenanjung, DAP boleh peroleh sekurang-kurangnya 54 kerusi.
“Tidakkah DAP yang menang lebih kerusi Parlimen dan dapat dilihat ada muslihat tertentu yang DAP cuba sembunyikan. Kita percaya hal ini menjadi bukti DAP yang sebenarnya memimpin Pakatan Harapan.”
Demikian kata Ketua Penerangan UMNO yang juga ahli politik berpengalaman, Tan Sri Annuar Musa dalam Program Anda Tanya Kami Jawab Bersama Tan Sri Annuar Musa melalui Facebook UMNO Online bertajuk 'Polemik PM Pakatan Harapan' di Auditorium UMNO, Menara Dato' Onn PWTC semalam.
Hadir sama sebagai panelis, bekas Setiausaha PKR Selangor Nazmi Rosli, Ahli Jawatankuasa Alumni Kelab UMNO Luar Negara Dr Kusyairi Ahmad, Ahli Jawatankuasa Penerangan MIC Pusat A Subash Chandrabose, Presiden Pertubuhan Anak Perak Faizal Lentin dan Pengarah Operasi Aktivis Belia Malaysia (MALAYA), Farhan Khairuddin.
Dalam masa sama, Annuar juga menyifatkan majoriti senyap lebih bijak daripada yang disangka PH. Majoriti senyap yang menjadi penentu kemenangan sesebuah kerajaan mendapatkan mandat lebih mengutamakan kestabilan, keharmonian dan perpaduan rakyat. Mereka lebih mengutamakan pemimpin yang boleh dan bekerja untuk rakyat, bukannya yang hanya pandai bercakap dan menjanjikan sesuatu yang tidak mampu ditunaikan.
"Mereka tahu DAP ada ideologi yang tidak berubah, PKR memperjuangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), Dr Mahathir pula bergaduh dengan Najib hendak naikkan anaknya (Datuk Seri) Mukhriz.
"Rakyat Malaysia melihat ini semua. Transformasi dibawa Najib tidak nafikan ada fakta. Zaman Dr Mahathir (Malaysia) tidak dapat penarafan A pun. Zaman Tun hanya dapat B. Zaman Najib sahaja dapat penarafan A-.
"Cara kita uruskan ekonomi juga mendapat pengiktirafan Bank Dunia dan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF).
"Pendekatan yang Najib buat juga jelas, menjaga ekonomi negara, perpaduan rakyat, menjaga Malaysia menjadi negara dihormati di mata dunia dan menjaga hubungan politik yang baik dengan negara luar. Rakyat menilai semuanya," kata Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh.
Berikut merupakan antara petikan kata barisan panelis dalam program yang turut disiarkan menerusi laman Facebook UMNO-Online :
Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli |
“Ini kerana undi Melayu menerusi PKR sudah maksimum. Begitu juga dengan yang lain dan mungkin ramai tidak tahu. Di sinilah rakyat harus bijak menilai. Pertamanya mereka ketandusan pemimpin dan keduanya apa matlamat mereka. Kalau perlukan PM interim sekalipun kenapa pilih Dr Mahathir. PM sementara sahaja dan bukan PM sepenggal pun…kenapa Dr Mahathir dipilih… satu pandangan akan lihat sebagai satu langkah ke belakang.”
AJK Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Dr Kusyairi Ahmad |
“Interim prime minister kemudiannya serahkan kepada Datuk Seri Anwar dan kemudiannya kena masuk parlimen dan buat pilihan raya kecil. Macam-macam cerita dan adakah ini masa depan yang ingin kita gadaikan .
“Yakinkan kembali rakyat yang termakan politik persepsi dan ambil kepincangan yang berlaku di dalam pakatan hari ini untuk tunjukkan kepada rakyat hakikat sebenarnya yang berlaku di dalam pakatan mereka.”
Ketua Penerangan MIC Selangor, Subash Chandrabose |
Presiden Pertubuhan Anak Perak, Faizal Lentin |
“Kami pun tidak kenal beliau pada zaman reformasi. Beliau berani pada zaman Najib kerana dia tahu Najib bukan seorang pemimpin yang tangkap reformis dan sepak terajang… dia dia tahu Najib bukan seperti Dr Mahathir.
“Pada saya tidak boleh terima lagi Tun Dr Mahathir dalam kabinet Malaysia apatah lagi sebagai calon PM. Saya rasa pelik… kepada orang muda diluar sana lihat dan tengok bagaimana dulunya Mohd Sabu , Lim Kit Siang, malah Datuk Seri Anwar sendiri mengatakan Dr Mahathir ini siapa.
“Dengan tiba-tiba apabila diumumkan masuk pakatan apa yang diperkatakan selama ini hilang begitu sahaja. Takkanlah sebegitu mudah.”
Pengarah Operasi MALAYA, Farhan Khairuddin |
Sementara ini pula adalah komen daripada Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Katanya, keputusan untuk melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad juga membuktikan bahawa Pakatan Harapan masih ‘pening’ dan tidak cerdik.
Selama 22 tahun pemimpin Pakatan Harapan berjuang untuk menurunkan Dr. Mahathir kerana menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai diktator tetapi hari ini mereka mahu mengangkatnya sebagai Perdana Menteri.
“U-turn, ‘klu-klek’, tidak cerdik, saya kata semua ayat itu boleh guna belaka sebab mereka ini berjuang sejak 1999 lagi nak jatuhkan Dr. Mahathir tiba-tiba dalam masa dua tahun mereka boleh terima dia sebagai Perdana Menteri sementara walaupun kononnya atas kertas sahaja.
“Mereka selama 20 tahun ini berlawan nak jatuhkan Dr. Mahathir kerana isu Anwar tiba-tiba angkat dia sebagai calon, maknanya ‘hebatlah’ politik Dr. Mahathir.”
No comments:
Post a Comment