Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Namun kerajaan DAP Pulau Pinang bukanlah kecil seperti tupai. Mereka adalah jerung besar. Liar dan ganas. Tetapi ia tidak bermakna mereka raja kepada segala-galanya.
Suatu masa, ia pasti akan ditangkap juga. Bila sampai saat itu, masyarakat bolehlah meratah daging jerung ini sepuas-puasnya sepertimana mereka meratah hidupan lain.
Kenapa penulis mengenakan tajuk seperti di atas - kelentong? Apa yang mereka kelentong? Mari baca pendedahan ini...
Sebelum itu, sedikit ringkasan :
Projek terowong dasar laut di Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu telah mencetuskan pelbagai kontroversi, antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri.
Pada 11 Januari 2018, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP dan anak diktator Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng mengatakan tiada sebarang bayaran diberikan kepada pihak kontraktor dalam projek kontroversi terowong dasar laut RM6.34 bilion???
Namun, sejarah tidak boleh dipadam. Apatah lagi apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Untuk makluman, pada 19 Mei 2017, Exco Pulau Pinang Lim Hock Seng ketika menjawab di dalam Sidang DUN berkata, RM209 juta sudah dibayar dalam bentuk tanah kepada kontraktor untuk kos laporan! Adakah mahu menipu dan memperbodohkan rakyat?
Bayangkan penipuan yang tidak disedari. Agak-agak berapa kalilah mereka mengencing rakyat ya? Bukan setakat hancing tetapi sudah berkulat barangkali.
Pada 4 Mac 2013, kerajaan DAP Pulau Pinang menafikan bahawa syarikat Konsortium Zenith BUCG yang dianugerahkan projek tersebut tidak bermodal - Untuk melaksanakan projek mega itu.
Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-
Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;
Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;
Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan
Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.
Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd mempunyai modal berbayar RM2 kerana ditubuhkan khas untuk ini (SPV).
Nampak hebat bukan...
4 tahun sudah berlalu, SPV berkenaan masih belum melengkapkan laporan RM305 juta dan masih belum memulakan kerja pembinaan! Laporan kebolehlaksanaan projek tersebut yang sepatutnya sudah siap masih tak nampak bayang walaupun beratus-ratus juta telah dibayar kepada pihak kontraktor! Gila!
Oh ya, jangan lupa satu perkara, berlaku perubahan yang besar dalam struktur pemegang saham syarikat. Tiada lagi syarikat dari China, China Railway Construction Corporation Ltd.
Malah syarikat fesyen bernama Voir, dengan saham sebanyak 13.21% turut terlibat di dalam konsortium baru ini. 38.9% sahamnya juga dimiliki di bawah nominasi yang dipegang oleh Kenanga Nominees.
Jumlah modal berbayar syarikat pemegang sahamnya sekarang berkurang menjadi RM70.5 juta berbanding RM4.5 bilion, 4 tahun lepas.
RM70.5 juta nilai modal berbayar ini juga terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah RM220 juta yang telah dibayar oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai sebahagian bayaran untuk laporan RM305 juta!
Konon laksana CAT - Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Hakikatnya pentadbiran DAP begitu lemah dan mengundang pelbagai keraguan dalam kalangan masyarakat.
Kenapa perlunya terowong sedangkan Pulau Pinang sudah mempunyai dua buah jambatan?
Parti Cinta Malaysia (PCM) sebelum ini pernah membuat laporan kepada SPRM Putrajaya pada 17 Julai 2017 dan 5 Januari 2018.
Bagi Timbalan Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan, tindakan pantas SPRM membuka kertas siasatan membuktikan laporan yang diberikan sebelum ini relevan.
Selain itu ia bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti perbuatan melupus atau memusnahkan bukti oleh pihak yang terbabit.
Pada 10 Januari 2018, SPRM memperoleh perintah tahanan reman ke atas dua eksekutif kanan syarikat pemaju bergelar Datuk di bawah Seksyen 16 & 17A Akta SPRM (memberi dan menerima rasuah).
"Sebab itu saya berharap SPRM menyiasat skandal ini sehingga ke lubang cacing dan memastikan mereka yang bertanggungjawab menyalahgunakan kuasa dan mencuri wang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah serta tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas mereka."
No comments:
Post a Comment