AdSense

Wednesday, January 10, 2018

Pekerja buruh mati, struktur binaan runtuh : Bukan projek MRT


Satu runtuhan bangunan telah berlaku di Cheras semalam, 9 Januari 2018 dan menyebabkan satu nyawa terkorban - Pekerja warga Bangladesh. Dalam masa sama, satu video turut tular.


Ada juga komen dan segelintir masyarakat yang menuduh bahawa runtuhan itu disebabkan projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang.

Hakikat apa yang berlaku ialah, hanya tempat kejadian saja yang dirujuk sebagai 'bersebelahan dengan Stesen MRT Cochrane, Jalan Cochrane.


Penulis menyifatkan ia sebagai satu 'landmark' yang diberikan bertujuan menerangkan tempat kejadian runtuhan tersebut.

Bagi memastikan masyakat tidak terkeliru, Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah pantas mengeluarkan satu kenyataan rasmi.

"Kita ingin menjelaskan bahawa insiden itu tiada kaitan dengan Projek MRT Lembah Klang.

"Tiada lagi kerja pembinaan dijalankan oleh MRT Corp atau kontraktornya di tapak Stesen MRT Cochrane. Substesen yang kini sedang dibina oleh Tenaga Nasional Berhad bukan sebahagian daripada projek MRT."

MRT Corp turut menafikan kenyataan yang mengaitkan substesen itu dengan Stesen MRT Cochrane atau projek MRT.

Untuk makluman pembaca, semalam media melaporkan seorang buruh binaan warga Bangladesh terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan sebahagian kecil lantai Pencawang Masuk Utama (PMU) MRT Cochrane yang sedang dalam pembinaan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, pekerja terbabit sedang melakukan kerja meratakan konkrit lantai di tingkat tiga sebelum struktur binaan itu runtuh menyebabkan mangsa jatuh ke tingkat satu.

Runtuhan itu juga hanya membabitkan 20 peratus daripada struktur bangunan keseluruhan.

Sementara itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam satu kenyataan, berkata kejadian berlaku ketika kontraktor sedang melakukan kerja-kerja menuang konkrit di tingkat tiga sebelum perancah tapak lantai dipercayai runtuh.

Tahap kerosakan akibat runtuhan dan punca berlakunya runtuhan masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment