AdSense

Wednesday, November 22, 2017

Pakatan ini sokong rakyat atau pemaju?


Puak Pakatan marah dengan kerajaan yang membekukan projek pembinaan rumah mewah lebih RM1 juta termasuk projek komersil seperti pusat beli belah. Pakatan mendakwa keputusan itu boleh mengganggu perkembangan ekonomi dan tidak mesra pemaju.

Matlamat perjuangan Pakatan seperti kucar-kacir dan tidak tentu arah. Mereka kononnya memperjuangkan rakyat tetapi membantah pula keputusan kerajaan yang dubuat untuk kebaikan rakyat. Kerajaan membekukan projek pembinaan mewah itu supaya pemaju menumpu kepada projek rumah mampu milik berharga kurang RM300k.

Lagipun laporan Bank Negara Malaysia mengatakan lambakan rumah mewah dan pusat beli belah tidak baik untuk ekonomi. Justeru keputusan kerajaan itu adalah tepat untuk kebaikan masa depan negara ini khususnya untuk kesejahteraan rakyat.

Bagi puak Pakatan semua keputusan kerajaan adalah tidak betul.  Mereka lupa peranan pembangkang adalah 'check and balance' kepada kerajaan. Namun pembangkang di Malaysia hanya tahu bangkang dari 'longkang'. Mereka tahu ia baik untuk rakyat tapi kerana ego dan berniat jahat, mereka akan 'spin' supaya nampak kerajaan menindas rakyat.

#Pakatanlongkang #TolakPakatanPRU14

No comments:

Post a Comment