Generasi hari ini tak sama dengan generasi terdahulu.
Zaman juga tak sama.
Mungkin hari ini mereka gagal dalam UPSR. Tetapi berjaya di SPM.
Lagipun, UPSR bukanlah peperiksaan 'hidup-mati'.
Hendak menjadi manusia berjaya bukan hanya berpandukan kepada UPSR. Ada banyak lagi cabang kejayaan termasuk dalam bidang kemahiran.
Jadikan UPSR ini hanya sebagai pengukur sejak pra sekolah hingga darjah enam. Di sini, kita boleh tahu setakat mana pencapaian pendidikan kita.
Tambahbaik apa yang kurang dan bagi mereka yang berjaya, tahniah diucapkan. Kekalkan momentum kalian sampai SPM dan seterusnya ke peringkat Universiti serta kerjaya.
#upsr2017 #menjelangkeputusan #menerajuiperubahan
Sumber FB My Next Gen
No comments:
Post a Comment