Menuding jari kepada orang lain cukup seronok. Dengan cara ini, diri akan bebas daripada segala kesalahan. Ibarat kata, diri ini adalah seorang maksum, bebas daripada segala kesilapan.
Apa lagi Mahathir mahu
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dilabel berat sebelah, pro Barisan Nasional dan sengaja mahu mengharamkan parti miliknya PPBM.
Sedangkan sudah terang lagi bersuluh... PPBM melanggar undang-undang sepertimana yang termaktub dalam akta pertubuhan sesebuah parti.
Memetik kata Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim bertarikh 17 November 2017, PPBM telah melakukan tiga kesalahan iaitu :
1. Tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan.
2. Menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada.
3. Menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
3. Menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
Sedia maklum, ROS sebelum ini menerima laporan dan aduan daripada ahli PPBM mereka sendiri berhubung status sayap pemuda - Armada dan persoalan berkaitan mesyuarat agung tahunan parti.
Kenapa hendak menyalahkan orang lain pula? Atau Mahathir sudah tahu perkara ini dah memang hendak PPBM diharamkan?
Apa lagi Mahathir mahu?
Apakah Mahathir meniru skrip politik tuan mereka DAP menjelang pilihan raya umum? Raih simpati dengan drama air mata seperti yang dilakonkan diktator DAP Lim Kit Siang apabila logo partinya tidak dibenarkan dalam kempen PRU13? PAS ketika itu boneka DAP dijadikan kuda tunggangan - Tengah bulan (logo PAS) ditampal roket DAP. Bila menang pilihanraya, PAS ditendang keluar dengan rembatan tanpa belas kasihan. Inilah bayaran untuk PAS kerana menjadi kuda DAP. Bayaran kerana menjalankan kerja-kerja berkempen raih undi untuk diberikan kepada DAP.
Sedia maklum DAP pada ketika itu terpalit dengan krisis dalaman parti apabila pemilihan pimpinan tertinggi CEC berdepan masalah. Ahli parti DAP sendiri membuat aduan dan laporan berhubung ketidak telusan parti dalam pilihanraya parti sehingga menyebabkan Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng mengekalkan Dinasti Lim.
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan bekas Setiauasaha Publisiti DAP Selangor Tan Tuan Tat banyak membongkar soal Dinasti Lim ini suatu ketika dahulu. Manakala seorang lagi pemimpin DAP dari Negeri Sembilan David Dass menjadi mangsa serangan ketika konvensyen parti hanya kerana membangkitkan soal ketelusan jawatankuasa pemilihan.
Selama 22 tahun memerintah, kini Mahathir mengikut rentak politik tuannya DAP? Apakah ini yang Mahathir mahukan? Menjadi pemimpin pemecah belah demi menjalankan tugas sebagai boneka DAP?
Selepas memerintah negara hingga dilabel MahaFiraun, MahaZalim dan pelbagai gelaran yang diberikan oleh pemimpin pembangkang (kini rakan dan tuannya). Apakah kekayaan kroni dan famili masih belum mencukupi? Apakah gaya hidup mewah generasi ke 3 legasi Mahathir masih belum cukup? Inikah yang Mahathir mahukan? Perjuangan untuk famili, kroni dan legasi?
#TolakPakatanProDAP
No comments:
Post a Comment