Kalau tuan inginkan ilmu, tuntutlah daripada guru.
Jika tuan jahil agama, bergurulah dengan ulama.
Hendak pandai masak, belajar daripada chef.
Hendak tahu menari, masuklah kelas tarian.
Inilah kehidupan kita sebagai seorang manusia. Kita perlu bermasyarakat dan belajar antara satu sama lain. Sampai bila mahu berada dalam kepompong dan terperuk di bawah tempurung betul tak?
Zaman sudah berubah. Andai mahu berjaya, kita seharusnya mengikut peredaran semasa. Jika tidak kita pasti ketinggalan.
Baru-baru ini akhbar melaporkan isu pemandu teksi yang anti Uber / Grab dan lain-lain aplikasi e-hailing. Kononnya perkhidmatan teksi akan mati dalam tempoh 5 tahun akan datang. Maka musnahlah karier pemandu teksi di Malaysia!
Sedih, memang sedih. Siapa tidak sedih jika melihat industri teksi terkubur begitu saja. Siapa tidak sedih melihat abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik hilang mata pencarian. Bagaimana kehidupan mereka selepas itu? Ditambah lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat?
Hendak lari ke Singapura? Negara jiran itu pun hendak menaikkan kadar cukai mereka. GST mereka juga dijangka meningkat naik tidak lama lagi.
Namun hakikatnya, ini bukanlah angkara sesiapa melainkan diri sendiri. Usah tuding jari kepada orang lain kerana jari-jari yang lain sedang menuding ke arah diri sendiri.
Satu saja soalan penulis... Kenapa tidak berubah?
Sedia maklum, majoriti penduduk Malaysia hari ini ialah generasi muda. Generasi yang terdedah dengan teknologi maklumat. Generasi yang hidup hanya dengan 'hujung jari'.
Sudah lupa, bagaimana 'huru-haranya' hidup mereka bila aplikasi WhatsApp mengalami gangguan teknikal awal November lalu?
Sewajarnya pemandu teksi anti e-hailing berfikir dengan hati yang terbuka. Melainkan kalian ada agenda tersembunyi seperti masih mahu menjalankan kegiatan 'cekik darah' penumpang dan seumpamanya.
Wahai pemandu teksi anti e-hailing... Sedarlah bahawa ini adalah peredaran zaman.
Tidak baca kenyataan CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah yang ada mengatakan bahawa pemandu teksi juga boleh menjalankan perkhidatan e-hailing?
Baca di sini jika pembaca terlepas keretapi
Buat pemandu teksi yang tidak mahu berubah, eloklah kalian membaca apa yang diperkatakan oleh Wilson Jack Ma. Orang Kaya dari negara China iaitu pengasas Alibaba - syarikat atas talian yang berjaya.
APABILA GRABCAR DAN UBER SUDAH MENGAMBIL ALIH TUGASAN DAN FUNGSI TEKSI " analog " DI ZAMAN DIGITAL MASA KINI
"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.
Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.
Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.
Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.
Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.
Bila smartphone guna 4G (akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.
Bila wechat dan whatsapp (mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan, mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.
Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.
Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."
Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang ada.
Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA.
Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.
Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.
Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.
Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yang suka menyalahkan.
Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menjadi seorang gadis yang cantik/lelaki yg handsome.
Kalau kamu luangkan masa untuk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.
Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang suka marah-marah, kamu mungkin menjadi orang yang tidak disukai orang.
Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yang aman dengan orang-orang yang kamu sayangi.
Beza antara Orang yang Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan MASA.
Jadi, sedarlah wahai pemandu teksi bahawa segalanya di tangan anda. Hendak membuang masa dengan merungut dan mengeluh? Dipersilakan. Tiada siapa yang boleh ubah nasib seseorang melainkan diri mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment