AdSense

Monday, November 20, 2017

Kesetiaan Syed Hamid Albar hanya untuk UMNO


Walaupun sudah bersara tapi tetap juga menjadi mangsa serangan fitnah.

Inilah yang terjadi pada Tan Sri Syed Hamid Albar.


Pecah perut juga tergelak baca laporan media pembangkang yang tanpa berputus asa memutar belit kenyataan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Misi hanya satu. Mahu melemahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahu menunjukkan Najib ditolak sahabat sendiri.

Syed Hamid dilabel berpaling tadah daripada kepimpinan Najib, UMNO dan Barisan Nasional. Kononnya kini bersekongkol dengan kumpulan kecewa - parti cap bunga PPBM.

Come on... Siapa yang mengenali Syed Hamid secara dekat pasti tahu bagaimana kuatnya semangat dan perjuangan beliau terhadap asal-usulnya iaitu parti keramat UMNO.

Usahlah persoalkan kesetiaan Syed Hamid. Beliau tidak berada dalam kabinet pun atas kerelaan diri sendiri. Berpuluh tahun beliau berkhidmat kepada negara, parti dan masyarakat.

Goncanglah kuat macam mana sekalipun... Jika sentuh soal kesetiaan, Syed Hamid berkata :

SAYA NI DIBESARKAN DALAM UMNO DAN MATI PUN DALAM UMNO INSYA ALLAH.

Baca ringkasan perjalanan karier Syed Hamid KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment