AdSense

Monday, November 20, 2017

Pulau lumpur : Mereka mahu cuci DAP


Bandar yang diagungkan, kini Pulau Pinang diselaputi lumpur tebal yang memeningkan penduduk selepas kejadian banjir.


Benar, bencana alam seperti ini adalah kehendak Tuhan. Namun jika ditanya pada mereka yang menjadi mangsa, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ada puncanya.

Sepertimana ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini ketika bercakap tentang banjir di Pantai Timur (Kelantan) suatu masa dahulu.

Katanya rasuah dan tebang balak menjadi faktor kepada berlaku banjir.

Sama hal juga dengan Pulau Pinang. Masyarakat menyifatkan projek-projek mewah di lereng bukit menjadi punca kenapa banjir yang melanda negeri itu menjadi yang terburuk dalam sejarah.

Masyarakat setempat memikirkan, dari mana datangnya 'air teh' jika tidak dari projek lereng bukit yang rakus?


Seperti Selangor, Pulau Pinang dulunya dibangun dan dimajukan oleh pemerintahan Barisan Nasional. Selepas bertukar pemerintah, nafsu serakah pemimpin baharu tidak dapat bertahan lama.

Siapa tidak geram dengan tanah-tanah yang berupaya membawa pulangan lumayan?

Apa yang pasti, penduduk Pulau Pinang yang sedang penat mencuci kesan banjir di rumah mereka sedang memikirkan tentang penukaran kerajaan negeri. Bukanlah hendak mempolitikkan isu banjir tapi hanya melihat kepada cara sesebuah kerajaan mentadbir pemerintahan.

Foto - FMT
Bagaimana seorang ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu meluahkan rasa kecewanya apabila pandangan tentang projek lereng bukit tidak diambil serius kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng?

Untuk makluman, Yee Cheu sebelum ini mengkritik kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung tragedi tanah runtuh di tapak projek Tanjung Bungah yang mengorbankan 11 nyawa pada 21 Oktober 2017.


Apakah penduduk Pulau Pinang masih mahu sebuah kerajaan yang hanya mementingkan nafsu dan kepentingan peribadi berbanding kepentingan rakyat?

Lagi fakta yang tidak boleh disangkal, kejadian banjir di Pulau Pinang juga mengorbankan nyawa penduduk!

Sudah baca artikel ni? :
Banjir Pulau Pinang buka mata penyokong DAP

Juga tonton video hasil suntingan VOG ini :


No comments:

Post a Comment