Malaysiakini media atas pagar? Bullshit!
Malaysiakini adalah agensi atau lidah rasmi pembangkang. Satu dunia tahu. Sementara Mahathir pula kini berada dalam kelambu pembangkang yang dkuasai DAP.
Tapi kenapa Malaysiakini keluarkan video dan artikel menyerang Mahathir?
Ternyata wujud sesuatu yang meragukan di sini. Sedia maklum isteri Mahathir Tun Siti Hasmah Mohamad Ali tidak pandai berhadapan dengan media. Cara dia tidak tumpah seperti isteri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Wan Azizah hanya pandai baca skrip. Tidak pandai berdepan soalan spontan.
Melihat kepada video sebaran Malaysiakini, secara dasarnya wartawan mereka hanya bertanyakan soalan berkaitan kes pekerja hotel yang dilarang memakai tudung.
Barangkali faktor usia dan tidak pandai menjawab soalan, Siti Hasmah memberikan jawapan yang tidak disangka-sangka. Bagi yang memahami bidang kewartawanan, ini adalah soalan perangkap. Diajukan kepada sasaran yang tepat.
Ramai yang tersentuh dengan kenyataan Siti Hasmah terutamanya kaum wanita. Hasrat untuk memakai tudung dilarang sehingga suami memalingkan muka. Apakah perasaan wanita ini setiap hari? Bagai seorang bayi yang ingin menyusu badan tapi ditepis ibu sendiri?
Dengan pantas, Malaysiakini memaparkan kenyataan Siti Hasmah. Seolah-olah mendapat lampu hijau daripada pihak atasan.
Ramai pemimpin dan macai pembangkang marahkan Malaysiakini. Tapi bagi pemerhati politik, ini adalah game besar daripada pihak berkuasa dalam pakatan.
Anwar Ibrahim mungkin boleh kata 'luka kecil' dihadapan orang ramai. Tapi jauh disudut hatinya tiada siapa yang tahu. Sebegitu mudah Anwar dan PKR melupakan seksaan yang mereka hadapi ketika pemerintahan diktator Mahathir?
Begitu juga dengan pemimpin DAP. Berapa ramai dalam kalangan mereka yang disumbat ke penjara melalui tiket ISA?
Dendam manusia tidak siapa boleh duga. Lebih-lebih lagi dendam politik.
Inilah yang sedang berlaku. Malaysiakini seolah-olah mendapat restu daripada pihak tertentu untuk meranapkan Mahathir secara halus.
Mahathir dan PPBM tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka sudah terdesak. Mereka tidak mendapat sokongan rakyat untuk memperjuangkan misi parti iaitu meneruskan kelangsungan hidup legasi Mahathir. Maka itu mereka menagih talian hayat daripada DAP dan PKR.
Game besar yang sedang dimainkan pihak paling berkuasa pembangkang ini cukup menarik. Mereka boleh saja untuk membunuh musuh berpuluh tahun itu sebaliknya memilih cara penyeksaan. Cara sama musuh gunakan ke atas mereka suatu masa dahulu.
Karier politik Mahathir dan PPBM tidak akan dibunuh menggunakan pistol sebaliknya hanya torehan pisau gillete sehingga mati secara perlahan.
Malaysiakini dan pihak yang menganjurkan sidang media Siti Hasmah berjaya menjalankan misi mereka. Button START mula ditekan. Manakala degupan jantung PPBM semakin gemuruh.
#PRU14 #TolakPakatan
No comments:
Post a Comment